Pertahanan kental skuad kebangsaan Senegal, Kalidou Koulibaly secara rasminya bergelar pemain baharu Chelsea selepas kehadiran beliau telah diperkenalkan oleh kelab saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) tersebut.

Seperti yang dilaporkan oleh wartawan bola sepak terkenal dunia, Fabrizio Romano, pemain berusia 31 tahun itu telah menandatangani kontrak selama empat tahun dengan pilihan untuk lanjutan semusim dimana perpindahan dari SS Napoli tersebut bernilai €40 juta.

Seperti yang dilakukan oleh Raheem Sterling, Koulibaly juga terbang ke Los Angeles untuk menyertai sesi latihan pra-musim di sana sebaik sahaja segala urusan berhubung persetujuan kontrak serta ujian kecergasan di London selesai.

Kehadiran Koulibaly dilihat amat tepat pada masanya selepas Chelsea kehilangan tonggak utama di jentera pertahanan, Antonio Rudiger yang memilih untuk menyertai Real Madrid selepas kontraknya berakhir pada Jun lalu.

Kredit Foto: Chelsea FC

Berbekalkan kepada ketenangan serta kemampuannya dalam membaca permainan dengan baik dan turut mempunyai kualiti hantaran jauh yang cukup menarik, beliau dilihat tidak akan terlalu berdepan banyak masalah untuk mengisi kekosongan tersebut.

Mula menyertai SS Napoli pada 2014/15 dari Racing Genk, Kalidou Koulibaly telah membuat 317 penampilan dalam semua pertandingan yang disertai kelab Serie A itu.

Kecemerlangan yang ditampilkannya ketika beraksi menyaksikan beliau tersenarai dalam ‘Pasukan Terbaik Tahunan Serie A’ bagi empat musim berturut-turut bermula 2015/16 hingga 2018/19.

Lebih menarik untuk diperkatakan, beliau juga turut dipilih sebagai ‘Pertahanan Terbaik Tahunan’ bagi saingan Serie A pada musim 2018/19.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak seluruh dunia melalui pautan dibawah.

Malaysia Lunas Dendam Ke Atas Laos, Muncul Juara Kejuaraan AFF B-19 2022

Liga Super 2022: Forestieri Muncul Wira JDT Tewaskan Sabah Di Saat Akhir

RASMI: Chelsea Umum Kehadiran Raheem Sterling