FIFA baru sahaja mengeluarkan kenyataan rasmi berkenaan mekanisme yang akan dilaksanakan dalam pusingan ke-2 kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 selepas pasukan Korea Utara menarik diri.

Mungkin ada sesetengah penyokong yang kurang jelas dengan apa yang dinyatakan oleh FIFA ini dan kami cuba untuk memberikan penerangan supaya kita semua tahu dan faham apakah sebenarnya mekanisme tersebut.

Apa Yang Berlaku Dalam Kumpulan H Selepas Korea Utara Tarik Diri?

Merujuk kepada surat rasmi yang dikeluarkan oleh FIFA seperti dibawah, keputusan perlawanan bagi pasukan bertemu dengan Korea Utara dalam kumpulan H sebelum ini tidak akan dikira atau diklasifikasikan sebagai null and void.

Apa impak kepada pasukan dalam kumpulan lain? Teruskan membaca.

FIFA

Mekanisme ini bertujuan untuk mewujudkan keseimbangan diantara semua kumpulan disebabkan penarikan diri pasukan Korea Utara tempoh hari.

Bagaimana Impak Kepada Pasukan Lain?

Untuk lebih jelas, kami telah ringkaskan apa yang akan berlaku kepada pasukan-pasukan lain dalam kumpulan A hingga G seperti dibawah.

Semua perlawanan berlangsung seperti biasa.

  • Semua perlawanan untuk semua pasukan lain dalam kumpulan A hingga G berlangsung seperti biasa tanpa sebarang perubahan.

Juara kumpulan tidak akan terjejas.

  • Selepas tamat semua 8 perlawanan bagi pasukan kumpulan A hingga G, juara kumpulan akan layak ke pusingan ke-3 kelayakan Piala Dunia 2022 dan layak automatik ke peringkat kumpulan Piala Asia 2023.
  • Juara kumpulan tidak akan terjejas atau terkesan dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh FIFA hari ini.

12 pasukan akan layak ke pusingan ke-3 kelayakan Piala Dunia 2022

  • Kuota pasukan dalam pusingan ke-3 kelayakan Piala Dunia adalah 12.
  • Juara setiap kumpulan dalam pusingan ke-2 kelayakan (yang sedang berlangsung) akan mengisi 8 slot pertama.
  • 4 lagi slot akan ditentukan berdasarkan kedudukan 4 pasukan naib juara kumpulan terbaik.

Penentuan 4 pasukan baib juara terbaik.

  • Semua keputusan pasukan tempat ke-2 hingga ke-4 dalam kumpulan A hingga G dengan pasukan tercorot setiap kumpulan tidak akan dikira.
  • Selepas ditolak mata, bilangan bolos, dan bilangan gol (serta mata fair play jika diperlukan), maka kedudukan naib juara bagi kumpulan A hingga G dapat ditentukan.
  • Bagi menentukan 4 pasukan naib juara terbaik yang akan mengisi baki 4 lagi slot ke pusingan ke-3 kelayakan Piala Dunia 2022 (slot automatik ke peringkat kumpulan Piala Asia 2023), mekanisme yang diumumkan oleh FIFA hari ini akan digunapakai.

FIFA2

  • Selepas 8 pasukan naib juara (dari kumpulan A hingga H) ditentukan, hanya 4 yang terbaik akan layak ke pusingan seterusnya berdasarkan kenyataan rasmi FIFA diatas.

Adakah Peluang Malaysia Ke Piala Asia 2023 Tertutup Rapat?

Tidak. Jika pasukan Malaysia gagal untuk menempatkan diri sebagai 4 naib juara terbaik sekalipun, peluang untuk layak ke Piala Asia 2023 masih belum tertutup.

Kedudukan akhir dalam kumpulan akan menentukan jalan seterusnya bagi pasukan Malaysia, samada layak terus ke peringkat kumpulan pusingan ke-3 kelayakan Piala Asia 2023 atau pun perlu melalui pusingan play-off terlebih dahulu.

Berapa baki slot untuk Piala Asia 2023?

  • Untuk makluman, secara keseluruhannya 24 pasukan akan beraksi dalam kejohanan Piala Asia 2023, termasuk pasukan China sebagai tuan rumah.
  • 12 slot pertama sudah diisi oleh pasukan yang layak ke pusingan ke-3 Piala Dunia 2022, manakala baki 12 lagi pasukan akan direbut oleh pasukan-pasukan yang bertanding dalam pusingan ke-3 Piala Asia 2023.
  • Pusingan ke-3 kelayakan Piala Asia akan memiliki 6 kumpulan dimana setiap kumpulan akan mengandungi 4 pasukan.
  • Juara dan naib juara setiap kumpulan akan layak ke saingan Piala Asia 2023.

Adalah penting untuk kita melihat gambaran secara keseluruhan untuk mencapai sasaran yang telah ditetapkan iaitu layak ke saingan Piala Asia 2023 nanti.

Semoga semua peminat dan penyokong bola sepak Malaysia lebih faham dan jelas dengan laluan perjalanan pasukan kebangsaan bimbingan Tan Cheng Hoe bagi merealisasikan impian untuk beraksi disaingan Piala Asia 2023.

Teruskan membaca artikel-artikel lain yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah.

Gol Penalti Panenka Bahrain Nyaris Malukan Ukraine, Jaringan Minit Akhir Selamatkan Maruah Andriy Shevchenko

TCH: “Barisan Jurulatih Masih Belum Berpuas Hati Dengan Cara Permainan, Belum Sampai Tahap Terbaik.”

TMJ Dedahkan Perancangan Masa Depan JDT, Gonzalo Cabrera Sebagai Pemain Naturalisasi 2022?