Harimau Malaya kini kembali melaungkan kebangkitan dengan pelancaran jersi baharu skuad kebangsaan dari Nike dengan rekaan yang meraikan budaya serta evolusi pasukan bola sepak Malaysia.

Mengekalkan warna tradisi disamping membawa rekaan moden yang menterjemahkan jersi kesayangan semua ini dengan aspek-aspek moden terkini.

Jersi home kekal dengan warna kuning ikonik,logo Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) didada, rekaan kolar yang anggun, outlining pattern dibahagian rusuk serta kembalinya lengan yang berwarna hitam.

pawi jersi
Gabungan warna seluar hitam dan stokin kuning melengkapkan jersi keramat Harimau Malaya yang akan disarung oleh pemain-pemain diatas padang untuk membawa maruah skuad negara dipentas antarabangsa.

Mengambil inspirasi dari Jalur Gemilang, jersi away pula direka dengan warna hitam serta belang kuning yang memberi refleksi youthful energy dan budaya ekspresif pasukan kebangsaan sambil memberikan penghormatan kepada Harimau Malaya yang kaya dengan tradisi.

BG jersiJersi away ini juga akan dipadankan dengan seluar serta stokin hitam bersama belang kuning.

Para penyokong Harimau Malaya boleh mendapatkan jersi baharu 2020 ini mulai hari ini 4 Disember 2020 secara online di Nike.com dan kedai-kedai terpilih seluruh negara pada harga RM299 sehelai.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kami  sediakan untuk anda.

Pemegang Rekod Gol Paling Banyak AFC Cup, Bienvenido Maranon Bakal Muncul Pemain Naturalisasi Terbaharu Filipina