Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) hari ini telah mengumumkan penyerang dari Argentina, Jonathan Herrera sebagai pemain import baharu pasukan itu bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim ini.

Perkembangan itu sahkan oleh Pengarah Sukan JDT, Martin Prest dalam satu kenyataan rasmi dalam media sosial kelab tersebut. Menurutnya, dua lagi pemain baharu turut akan diumumkan dalam masa terdekat.

“Kami telah melihat beberapa pemain untuk melengkapkan pasukan dan pada akhirnya, kami memutuskan untuk menandatangani Jonathan Herrera sebagai penyerang luar negara kami.

“Kami percaya Herrera adalah pemain yang sesuai oleh kerana umurnya dan cara beliau bermain sesuai dengan corak permainan kami. Kami akan memperkenalkan Herrera secara rasmi selepas beliau melengkapkan tempoh kuarantin dan akan mengumumkan lagi dua pemain selepas itu.

Difahamkan pemain yang berusia 29 tahun itu bakal menandatangani kontrak selama 3 musim bersama JDT. Beliau dijangka akan menggantikan tempat Diogo Luis Santo yang memilih untuk beraksi dalam Liga Thailand bersama BG Pathum United.

Musim lalu, Herrera beraksi untuk pasukan Premira B Nacional, Deportivo Riestra. Primera B Nacional adalah divisyen dua pertandingan Liga Bola Sepak Argentina. Beliau kemudian menyertai kelab divisyen utama Argentina iaitu Central Cordoba.

JDT adalah kelab pertama dari Asia yang disertai pemain tersebut kerana sepanjang karier bola sepaknya, beliau hanya mempunyai pengalaman beraksi dengan beberapa kelab dari benua Amerika Selatan.

Berdasarkan transfermarkt, Herrera mempunyai rekod 13 gol dalam 23 perlawanan Primera B Nacional dan 6 gol dalam 20 penampilan Superliga. Beliau juga pernah dinobatkan sebagai penjaring terbanyak Primera B Nacional pada musim 2017-2018.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:

RASMI: Irfan Zakaria Kembali Semula Sertai Skuad Warga Kota

Melaka United Dikaitkan Dengan Bekas Penyerang Liga 1 Indonesia

Stefano Lilipaly Berada Dalam ‘Wishlist’ Sri Pahang FC