Sulaiman

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) hari ini telah mengumumkan Hector Bidoglio, yang merupakan bekas pemain Venezuela sebagai ketua jurulatih Harimau Selatan berkuat kuasa serta merta.

Pengendali berusia 54 tahun ini akan menggantikan tempat Benjamin Mora yang telah pulang ke Mexico untuk menyelesaikan urusan peribadi.

Hector memulakan karier kejurulatihan dengan kelab Argentina, Newell’s Old Boys. Beliau sebelum ini pernah menjadi jurulatih dalam divisyen teratas di Argentina, Peru dan Ecuador.

Malah menurut kenyataan rasmi, beliau pernah menimba ilmu di kelab Sepanyol seperti Real Madrid, Barcelona, Sevilla dan Real Betis. Beliau juga telah berguru dengan pengurus tersohor Marcelo Bielsa ketika bersama-sama pasukan kebangsaan Chile pada 2009.

Tugasan pertama jurulatih tersebut bersama JDT ialah aksi Liga Super bertemu KL City pada 1 Ogos di Stadium Sultan Ibrahim dan kemudian saingan separuh akhir Piala FA bertemu Penang pada 5 Ogos.

Selain itu, Hector juga akan membimbing JDT dalam perlawanan pusingan kedua AFC Champions League (ACL) bertemu Urawa Red Diamond pada 19 Ogos nanti.

Baca artikel lain mengenai perkembangan JDT melalui pautan dibawah. 

RASMI: Benjamin Mora Kini Bukan Lagi Jurulatih JDT

Newell’s Old Boys Dikaitkan Dengan Posisi Pengendali Johor Darul Ta’zim

JDT Bakal Menerima Pelaburan Bernilai 8 Juta Euro Dalam Tempoh Tiga Tahun

© 2022 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group