Seperti yang dimaklumkan oleh TMJ dalam sesi pengenalan Danial Amier semalam, pasukan JDT akan menandatangani seorang pemain muda berbakat besar dari Indonesia.

Hari ini perkara tersebut diumumkan secara rasmi melalui laman sosial rasmi mereka, dimana bekas pelatih kelab Levante, Syahrian Abimanyu sah menyertai juara AFC Cup 2015 itu sebagai salah satu perancangan jangka masa panjang pasukan.

Penyertaan Syahrian Abimanyu dalam skuad JDT ini bukan sahaja dilihat sebagai langkah membina pasukan, malahan turut akan memperkasakan status JDT selaku salah sebuah pasukan gergasi di Asia Tenggara dan pastinya bakal ‘membawa’ banyak merit kelab lebih meluas di Indonesia.

Dijangkakan seluruh media sukan Indonesia akan melaporkan perpindahan Syahrian Abimanyu hari ini dan bakal menjadikan nama Johor Darul Ta’zim (JDT) meletup di Indonesia seterusnya mengukuhkan lagi nama mereka di negara itu.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kami  sediakan untuk anda.

RASMI: JDT Umumkan Ketibaan Danial Amier, TMJ Puji Sikap Berani Sahut Cabaran Berada Di JDT

Hantharwady United Umumkan Hein Htet Aung Sertai Pasukan Di Selangor Musim 2021?

15 Kelab Bola Sepak Myanmar Lulus Perlesenan Kelab ACL Untuk Musim 2021, Paling Banyak Di ASEAN