Pihak FMLLP baru sahaja mengeluarkan jadual rasmi perlawanan unifi Piala Malaysia 2018 bagi minggu pertama dan kedua hari ini.

Menurut satu kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif FMLLP, Kevin Ramalingam semalam semasa sidang media sejurus tamat undian, beliau menyatakan bahawa, jadual perlawanan akan diumumkan secara berperingkat kerana pihak mereka perlu mengadakan perbincangan lanjut bersama-sama syarikat penyiaran.

Selain itu, Kevin turut menjelaskan bahawa semua perlawanan unifi Piala Malaysia akan disiarkan melalui beberapa platform dan untuk melancarkan perkara itu, banyak perkara memerlukan perbincangan lanjut.

Berdasarkan pengumuman jadual yang dikeluarkan, ia hanya untuk 4 perlawanan pertama setiap kumpulan.

Jadual Perlawanan Piala Malaysia 2018

Perlawanan Minggu Pertama

Tarikh: 4 Ogos 2018

A1: Perak vs Felcra FC
A2: Kuala Lumpur vs Terengganu FC
D1: Pahang vs Sabah
D2: Selangor vs PKNP FC

Tarikh: 5 Ogos 2018

B1:PDRM vs PKNS FC
B2: Felda United vs Melaka
C1: Johor Darul Ta’zim vs MIFA
C2: Kedah vs Kelantan

Perlawanan Minggu Kedua

Tarikh: 10 Ogos 2018

C3: MIFA vs Kelantan
C4: Johor Darul Ta’zim vs Kedah

Tarikh: 11 Ogos 2018

A4: Perak vs Terengganu FC
B4: Melaka vs PKNS FC
D3: Sabah vs PKNP FC
D4: Selangor vs Pahang
A3: Felcra FC vs Kuala Lumpur
B3: PDRM vs Felda United