Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) baru sahaja mengeluarkan jadual perlawanan acara bola sepak Sukan Asia 2018 yang akan berlangsung di Indonesia bulan hadapan.

Malaysia yang diletakkan dalam kumpulan E bersama-sama UAE, Korea Selatan, Kyrgyzstan dan Bahrain.

Skuad bimbingan Datuk Ong Kim Swee itu akan memulakan perlawanan pada 10 Ogos 2018 berhadapan dengan Kyrgyzstan di Stadium Si Jalak Harupat, Bandung jam 4 petang waktu Indonesia Barat atau jam 5 petang waktu Malaysia.

Seterusnya, Malaysia akan bertemu UAE pada perlawanan ke 2 pada 12 Ogos dan Korea Selatan pada 17 Ogos, kedua-duanya jam 7 malam WIB di stadium yang sama.

Perlawanan terakhir Malaysia dalam kumpulan E dijadualkan pada 20 Ogos 2018 bertemu Bahrain di Stadium Wibawa Mukti, Bekasi.