Kelab Liga Premier, Kuching City FC hari ini mengumumkan ketua jurulatih baharu yang berpengalaman luas dalam arena bola sepak tempatan iaitu Irfan Bakti Abu Salim bagi menghadapi saingan Liga Malaysia yang lebih mencabar musim depan.

Perkembangan itu disahkan oleh Pengerusi kelab, YB Fazzrudin Hj Abdul Rahman dalam satu kenyataan rasmi yang disiarkan di laman facebook Kuching City FC.

Perancangan awal mereka adalah untuk mengekalkan Akira Higashiyama sebagai Ketua Jurulatih namun beliau telah menolak tawaran lanjutan kontrak. Pada musim ini, Akira berjaya membawa kelab itu berada di tangga ke 4 Liga Premier dan layak ke Piala Malaysia buat kali pertama.

“Pada musim 2021, Kuching City FC akan diterajui oleh Irfan Bakti. Kita amat berbangga dan teruja untuk bekerjasama dengan beliau memandangkan beliau adalah antara Jurulatih yang berpengalaman dan mempunyai banyak kejayaan di bawah ‘resume’ beliau.

“Kita yakin bahawa beliau boleh membawa kelebihan dan meningkatkan lagi mutu Kuching City FC. Kita telah berbincang dengan beliau dan menerangkan falsafah dan budaya Kuching City FC; kelebihan, kelemahan, ‘constraint’ dan ‘target’ kami pada musim hadapan. Beliau bersetuju dan yakin dengan perancangan, halatuju dan ‘target’ kami itu,” katanya.

| Kenyataan Media Kuching City FC |1 Disember 2020Musim 2020Kuching FA akan dikenali sebagai Kuching City FC pada…

Posted by Kuching City FC on Monday, November 30, 2020

Irfan telah letak jawatan secara sebagai jurulatih Terengganu FC pada bulan Mei musim 2019 selepas kekalahan mengejut 5-3 Terengganu kepada Petaling Jaya City FC dalam saingan Liga Super dan turut gagal mara ke peringkat separuh akhir Piala FA.

Ketika itu, beliau terpaksa menolak beberapa tawaran daripada pasukan lain kerana mahu berehat daripada sukan bola sepak buat sementara waktu serta menumpukan perhatian terhadap kursus kejurulatihan Diploma Professional AFC.

Sepanjang melatih Terengganu FC, Irfan Bakti telah membawa pasukannya menjuarai Piala FA pada tahun 2011, Naib Juara Piala Malaysia dan Naib Juara Liga Super seterusnya layak ke saingan AFC 2012 buat pertama kalinya dalam sejarah bola sepak negeri itu.

Kembalinya buat kali ke-2 pada tahun 2017, beliau memastikan Terengganu FC merangkul Naib Juara Liga Premier sehingga membawa pasukan itu naik ke Liga Super 2018 serta Naib Juara Piala Malaysia.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan melalui pautan dibawah. 

RASMI: Persija Jakarta Umum Ryuji Utomo Dipinjamkan Ke Pasukan Pulau Pinang Musim 2021

Media Sepanyol Ini Dedahkan Kelab Dari Malaysia Buru Khidmat Diego Rolan

4 Pasukan Liga Super Buru Khidmat Pemain Naturalisasi Indonesia, Marc Klok

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group