Inter Milan rasminya menjadi juara Itali sekali lagi selepas kali terakhir pada 2010. Ketika itu Inter dibimbing Mourinho dan menamatkan musim dengan treble.

Keputusan seri dicatatkan Atalanta sebentar tadi mengesahkan kejuaraan pasukan bimbingan Antonio Conte.

Atalanta seri 1-1 dengan Sassuolo. Atalanta mendahului menerusi Robin Gosens pada minit ke-32.

Namun bintang Sassuolo, Berrardi menyamakan kedudukan pada separuh masa kedua menerusi penalti.

Inter Milan meraikan kejuaraan mereka selepas musim yang cemerlang. Mereka di belakang AC Milan pada separuh musim. Namun momentum mereka pada pada separuh kedua musim membuatkan Inter tak mampu dikejar.

Ini adalah Scudetto keempat Conte sebagai pengurus selepas 3 daripadanya dengan Juventus.

Musim lalu Inter hanya 1 mata di belakang juara, Juventus. Musim ini ternyata mereka tidak mahu merasai kekecewaan itu lagi.

Selain daripada kejuaraan ke-19, Inter juga kini pasukan Milan paling banyak Serie A dengan 19 berbanding 18 oleh AC Milan.

Inter menamatkan dominasi 9 musim berturut turut Juventus dalam Serie A. Pasukan terakhir sebelum ini adalah satu lagi pasukan Milan, iaitu AC Milan.

Tahniah Inter!