Manchester City secara rasminya memuktamadkan perjanjian dengan Borussia Dortmund untuk penyerang sensasi Erling Haaland.

Haaland akan menyertai Man City sebaik sahaja musim ini berakhir.

Pemain dari Norway itu sebelum ini sudah memberitahu Dortmund tentang hasratnya untuk menyertai Manchester City.

Wakil Manchester City iaitu Ferran Soriano kemudian memberitahu Dortmund bahawa mereka mahu mengaktifkan klausa pelepasan pada kontrak Haaland.

Di mana klausa tersebut aktif bermula Januari 2022 yang lalu.

Kini Haaland secara rasmi sudah mengikat perjanjian dengan Manchester City. Perkara itu diumumkan oleh kelab secara rasmi.

Semalam Fabrizio Romano melaporkan bahawa City hanya membayar hampir €60 juta / £55.6 juta untuk klausa pelepasan tersebut berbanding dengan €75 juta seperti dilaporkan sebelum ini.

Namun City masih perlu membayar komisyen atas pembelian itu dipercayai untuk bayaran agensi dan juga bayaran kepada ayah Haaland selaku pengurus peribadi pemain itu.

Dari segi gaji, Erling Haaland akan menerima £375,000 seminggu. Jumlah gaji yang sama diterima oleh Kevin De Bruyne.

Sementara itu, Pep Guardiola menyatakan bahawa dia benar benar gembira dengan berita tersebut.

Dia mengakui dia menahan dirinya daripada berkongsi perkara itu sebelum kenyataan rasmi daripada kelab kerana ianya boleh melanggar undang undang.