Atletico Madrid mendapatkan semula bekas penyerangnya, Antoine Griezmann dari Barcelona.

Sebelum ini cubaan mendapatkan semula Griezmann gagal kerana pemain tersebut dikatakan tidak mahu menerima pengurangan gaji.

Simeone yang merupakan pengurus yang sangat minat dengan Griezmann tetap berusaha memastikan pemain itu kembali.

Sementara itu Griezmann dikatakan hanya mahu keluar dari Barcelona dengan menyertai Atletico.

Barcelona dan Atletico kemudian melakukan rundingan sebelum jendela perpindahan ditutup.

Griezmann kembali ke Barcelona secara pinjaman. Dengan klausa beli tetap hany €40 juta. Angka itu dianggap sangat murah dengan mengambil kira Barcelona membeli pemain itu €100 juta sebelum ini.

Kesabaran Atletico menunggu kepulangan semula Griezmann terbalas. Kerana jika mereka terlepas Griezmann, mereka mungkin sudah membuang masa kerana Griezmann kerana melupakan beberapa potensi opsyen lain untuk posisi serangan.

Luis Suarez yang sudah semakin berusia. Griezmann adalah opsyen yang sangat baik untuk Atletico dalam usaha mereka mempertahankan kejuaraan La Liga musim ini.

Selain itu, Atletico turut melepaskan Saul Niguez ke Chelsea. Desas desus tentang Saul ke EPL sudah wujud sejak bulan lalu.

Saul yang awalnya dimahukan Barcelona sebagai syarat pertukaran dengan Griezmann. Tetapi runidngan sebelum ini gagal.

Saul kemudian memberitahu kelab bahawa beliau lebih suka menyertai kelab EPL berbanding dengan Barcelona.

Saul akan menguatkan bahagian tengah pasukan Chelsea. Pemain tersebut menjadi pemain penting Atletico sebelum ini namun terpaksa dilepaskan kerana sudah memberitahu kelab bahawa beliaun tidak akan melanjutkan kontraknya.

Baca juga artikel

Luah Kerinduan Nak Bermain Bola Menerusi IG, Maitland Niles Dilarang Berlatih

Real Tarik Diri Dari Mbappe Dan Sambar Camavinga Daripada Sertai PSG Hanya Dengan €30 Juta

Amaran Ole Kepada Penyerang Lain: “Ronaldo Bukan Dibeli Panaskan Bangku Simpanan”