Selepas beberapa jam Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memberikan bayangan pemain ke-26 Malaysia akan tiba menyertai kem latihan di UAE, kini nama Dion Johan Cools diumumkan secara rasmi.

Nama Dion Johan Cools bukan asing dalam kalangan penyokong bola sepak Malaysia kerana ramai sudah sedia maklum mengenai pemain ini yang mempunyai pertalian darah dengan Malaysia, dan telah menjadi bualan untuk dibawa menyertai skuad Malaysia.

Menurut FAM, beliau yang kini beraksi untuk kelab FC Midtjylland dalam saingan Danish Superliga di Denmark, akan menyertai kem latihan skuad kebangsaan Malaysia menjelang pertemuan dengan UAE awal pagi Jumaat nanti.

Kisah pemain ini semakin panas apabila beberapa hari yang lalu, kelab FC Midtjylland melalui satu artikel yang diterbitkan dilaman web rasmi mereka mendedahkan Dion Johan Cools telah dipanggil menyertai kem skuad kebangsaan Malaysia, namun nama beliau telah dipadamkan tidak lama kemudian.

FC Midtjylland Sahkan Johan Dion Cools Dipanggil Sertai Skuad Kebangsaan

Perkara itu menjadi topik hangat dikala Malaysia mencari peluang untuk meneruskan kemaraan dalam pusingan kelayakan Piala Dunia 2022 dan juga mencari slot ke Piala Asia 2023.

Dengan pengesahan FAM ini juga, berkemungkinan Dion Johan Cools akan tersenarai dalam skuad untuk berhadapan dengan UAE bagi mencari kemenangan atau sekurang-kurangnya kemenangan untuk muncul juara kumpulan G.

Teruskan membaca artikel-artikel lain yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

TERKINI: Dang Van Lam Tidak Akan Ke UAE, Park Hang-seo ‘Kalut’ Cari Pengganti Yang Setara

RASMI: Juara Kumpulan Tidak Terjejas, FIFA Umum Mekanisme Penentuan Naib Juara Kumpulan

Gol Penalti Panenka Bahrain Nyaris Malukan Ukraine, Jaringan Minit Akhir Selamatkan Maruah Andriy Shevchenko