Kelab Fagiano Okayama yang beraksi dalam saingan J2 League semalam secara rasmi mengumumkan lanjutan kontrak beberapa pemain untuk aksi musim 2021 nanti melalui laman web rasmi mereka.

Dalam pengumuman tersebut, ada 4 orang pemain yang diumumkan menerima lanjutan kontrak dan salah seorang daripadanya merupakan pemain dari Malaysia iaitu Hadi Fayydh.

Dengan perkembangan tersebut membolehkan Hadi Fayyadh kekal terus bersama skuad utama Fagiano Okayama buat tahun ke-3 bagi menimba ilmu dan pengalaman bersama pasukan tersebut.

Sejak menyertai pasukan yang berpangkalan di prefektur Okayama itu, berdasarkan statistik penampilan yang dikeluarkan oleh J.League, Hadi Fayyadh sehingga tamat musim 2020 ini masih tidak tersenarai dalam sebarang perlawanan rasmi J2 League atau saingan piala domestik.

Dalam satu temubual bersama sebuah akhbar Jepun – Sanyo News Digital, Hadi Fayyadh ada menjelaskan bahawa selepas 2 tahun berkelana di Jepun, beliau kini memiliki lebih keyakinan dalam diri berbanding ketika tiba di Okayama.

Diharapkan semoga Hadi Fayyadh akan terus gigih berusaha keras untuk mencari tempat dalam skuad utama Fagiano Okayama, seterusnya mencipta sejarah muncul sebagai pemain pertama dari Malaysia melakukan debut dalam aksi J.League sejak diperkenalkan pada tahun 1993.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kamiĀ  sediakan untuk anda.

Datuk Verdon Bahanda: Drama Individu Dalam SAFA Belum Tamat, Dato’ Sri Bung Mokhtar Peneraju Baharu SAFA

RASMI: JDT Umumkan Ketibaan Danial Amier, TMJ Puji Sikap Berani Sahut Cabaran Berada Di JDT

Hantharwady United Umumkan Hein Htet Aung Sertai Pasukan Di Selangor Musim 2021?