FA Thailand semalam secara rasmi mengumumkan Warrix sebagai pembekal kelengkapan rasmi skuad kebangsaan negara itu untuk tempoh 8 tahun mulai 2021 sehingga 2028.

Plan B Media selaku pihak yang menguruskan proses pemilihan sebelum ini telah mengundang pihak-pihak yang berminat untuk menghantar proposal kepada mereka untuk dinilai oleh jawatankuasa yang telah ditetapkan.

Ketika melakukan pemilihan, jawtankuasa sebulat suara bersetuju untuk memilih jenama Warrix selepas meneliti syarat serta kertas kerja yang dibentangkan selain turut menawarkan benefits yang paling tinggi kepada FA Thailand.

Sebelum ini, Warrix juga merupakan pembekal kelengkapan skuad kebangsaan Thailand mulai 1 Januari 2017 sehingga 31 Disember 2020 dan mengikut beberapa laporan, dianggarkan nilai pembekalan itu adalah sekitar THB400 juta atau RM53.89 juta!

Sekitar bulan November yang lalu VOCKET FC ada menerbitkan sebuah artikel mengenai 8 jenama sukan terkenal antarabangsa yang ‘berebut’ hak penajaan kelengkapan skuad kebangsaan Thailand dan ini jelas menunjukkan bahawa banyak jenama tahu kekuatan pasaran di negara itu.

Walaupun mungkin kita tahu bahawa banyak jersi-jersi ‘copy ori’ datang dari Thailand namun untuk pasukan kelab atau skuad kebangsaan mereka, nampaknya tiada ‘pilih kasih’ berlaku dan semua mahukan yang terbaik samada dari segi kualiti serta harga.

8 Jenama Sukan Antarabangsa Berebut Hak Penajaan Kelengkapan Skuad Kebangsaan Thailand

Koleksi Jersi Skuad Kebangsaan 8 Buah Negara Di Asia Yang Menggunakan Jenama Nike

RASMI: Jersi Baharu Skuad Kebangsaan Dilancarkan, Refleksi Budaya Ekspresif Dan Penghormatan Tradisi Harimau Malaya

Kerteh FC Jana Hampir RM55,000 Hasil Jualan 1,078 Helai Jersi Pasukan Dalam Tempoh 7 Bulan Sahaja