Erling Haaland akhirnya rasmi diumumkan sebagai pemain Manchester City. Berita perpindahan Haaland ke City sudah pun banyak diperkatakan sebelum ini.

Cuma proses akhir iaitu pengenalan pemain mengambil masa agak lama kerana Haaland berada di kem kebangsaan pasukannya dalam tugasan antarabangsa.

HManchester City secara rasminya memuktamadkan perjanjian dengan Borussia Dortmund untuk penyerang sensasi Erling Haaland beberapa minggu yang lalu.

Pada akhir musim lalu, peemain dari Norway itu memberitahu Dortmund tentang hasratnya untuk menyertai Manchester City.

Wakil Manchester City iaitu Ferran Soriano kemudian memberitahu Dortmund bahawa mereka mahu mengaktifkan klausa pelepasan pada kontrak Haaland.

Di mana klausa tersebut aktif bermula Januari 2022 yang lalu.

Kini Haaland secara rasmi sudah mengikat perjanjian dengan Manchester City. Perkara itu diumumkan oleh kelab secara rasmi.

Fabrizio Romano melaporkan bahawa City hanya membayar hampir €60 juta / £55.6 juta untuk klausa pelepasan tersebut berbanding dengan €75 juta seperti dilaporkan sebelum ini.

Namun City masih akan membayar klausa bonus prestasi kepada pemain itu serta masih perlu membayar komisyen atas pembelian itu dipercayai untuk bayaran agensi dan juga bayaran kepada ayah Haaland selaku pengurus peribadi pemain itu.

Dari segi gaji, Erling Haaland akan menerima £375,000 seminggu. Jumlah gaji yang sama diterima oleh Kevin De Bruyne.

Pep Guardiola ketika menyatakan bahawa dia benar benar gembira dengan berita tersebut.

Dia mengakui dia menahan dirinya daripada berkongsi perkara itu sebelum kenyataan rasmi daripada kelab kerana ianya boleh melanggar undang undang.

Haaland merupakan anak bekas pemain Manchester City, Alfie Haaland. Ayahnya juga memainkan peranan penting dalam menarik minat Haaland ke Etihad.

Haaland menegaskan bahawa dia sangat banyak menonton aksi Manchester City ketika membesar. Dan dia nampaknya sudah tidak sabar untuk beraksi.