Newcastle United kini mengesahkan Eddie Howe sebagai pengurus baharu mereka. Sebelum ini Newcastle melakukan rundingan dengan Unai Emery. Namun Emery menolak tawaran itu secara tiba tiba.

Selain daripada Unai, beberapa nama juga dikatakan menolak tawaran Newcastle. Antonio Conte menolak tawaran sebelum ini kerana tidak ada jaminan bahawa Conte ada kuasa yang besar dalam keputusan akhir melibatkan jual beli pemain.

Conte kemudian menyertai Spurs selepas pemecatan Nuno Espirito.

Zidane turut dikaitkan dengan Newcastle. Namun pengurus itu masih menunggu jawatan di pasukan kebangsaan Perancis.

Newcastle dalam kenyataan mereka menyatakan bahawa kelab tersebut berbesar hati untuk mengumumkan Eddie Howe sebagai pengurus baharu kelab dengan kontrak sehingga 2024.

Eddie Howe turut berbangga menjadi pengurus baharu kelab tersebut. Eddie How berkata: “Ianya satu kebanggaan untuk menjadi ketua jurulatih kelab beprestij Newcastle United. Ini adalah hari yang membanggakan diri saya dan keluarga.”

“Ini adalah peluang yang luar biasa, namun masih ada banyak kerja yang harus dilakukan oleh kami selepas ini. Dan saya sudah bersemangat untuk berada di padang latihan dan mulai bekerja dengan para pemain.”

“Saya nak mengucapkan terima kasih kepada pemilik kelab di atas kesempatan yang diberikan dan berterima kasih kepada penyokong pasukan ini di atas sokongan luar biasa yang mereka berikan kepada saya.”

“Saya sudah teruja untuk memulakan pengembaraan ini bersama sama.”

Eddie Howe merupakan bekas pemain dan pengurus AFC Bournemouth yang berjaya.

Beliau bermain lebih 300 kali untuk Bournemouth. Dan mengendalikan pasukan itu sebagai pengurus selama 5 tahun dari 2015 hingga 2020.

Newcastle akan memberikan dana perpindahan kepada Eddie Howe untuk dibelanjakan pada Januari ini.

Newcastle mahu mengelakkan zon penyingkiran. Itu adalah misi paling utama Howe pada ketika ini.