Pengurus Aston Villa, Dean Smith disahkan telah dipecat daripada jawatannya.

Rekod 7 kekalahan dalam 11 perlawanan liga awal musim ini membuatkan beliau gagal mempertahankan kedudukannya.

Dalam kenyataan rasmi kelab, Aston Villa menyatakan: “Aston Villa FC dengan ini mengesahkan bahawa kelab telah berpisah dengan ketua jurulatih, Dean Smith.”

“Dean dilantik menjadi ketua jurulatih, 3 tahun lalu, pada Oktober 2018 dan membimbing kelab kembali semula ke Liga Perdana Inggeris menerusi play off – pada musim pertama dia menguruskan kelab dengan rekod 10 kemenangan berturut turut pada akhir musim.”

“Musim berikutnya, beliau membantu mengekalkan Villa di liga utama dan mengetuai pasukan ke final Piala Carabao di Wembley, kalah tipis 2-1 di tangan Manchester City.”

CEO Aston Villa iaitu Christian Purslow menyatakan penghargaan beliau ke atas Dean Smith yang membantu Villa bangkit di Liga Kejuaraan ketika mereka sedang dalam prestasi sukar.

Smith berjaya membawa Villa ke EPL dalam kempen yang sangat getir ketika itu.

Smith musim lalu membawa Villa menjadi pasukan yang sangat digeruni. Malangnya musim ini, segalanya serba tak menjadi.

Kehilangan Jack Grealish benar benar memberikan kesan kepada Smith.

Sebelum ini memang Smith dalam tekanan. Namun kekalahan di tangan Southampton baru baru ini membuatkan Smith tidak mampu mengelak pemecatan.

Aston Villa akan mengumumkan pengganti Smith selepas mereka menemuinya kelak.