Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Ianya berita yang mengejutkan, apabola Antonio Cone secara rasmi berpisah dengan Inter Milan. Pengumuman rasmi tentang perkara itu dibuat oleh Inter Milan menerusi satu kenyataan media.

Inter dalam kenyataannya berakata: “FC Internazionale Milano mengumumkan bahawa kita telah mencapai kesepakatan untuk penamatan kontrak dengan jurulatih Antonio Conte.”

“Kelab ingin mengucapkan terima kasih kepada Antonio atas kerja luar biasa yang telah dilakukannya, yang kemucaknya adalah pencapaian Scudetto kesembilan belas.”

“Antonio Conte akan kekal selamanya dalam sejarah kelab kita.”

Conte sebelum ini dilaporkan tidak sehaluan dengan Presiden kelab, Steven Zhang. Ini bukan kali pertama kedua duanya tidak sehaluan. Sebelum ini Conte pernah mengancam akan meletakkan jawatan jika presiden kelab terus sukar dihubungi.

Ketika itu Zhang berada di China dan sangat jarang berada di Itali.

Konflik kali ini berlaku apabil Zhang dilaporkan mahu Conte menjual beberapa pemain bintang untuk meraih dana sekitar €80 juta keseluruhannya. Ini untuk membantu membayar hutang yang harus mereka langsaikan segera dalam masa terdekat yang bernilai €100 juta.

Keadaan itu membuatkan Conte merasakan bahawa ianya mustahil untuk beliau melakukan tugasan tersebut. Melepaskan pemain dan kemudian tidak pasti berapa dana yang akan beliau dapat untuk membeli pemain, entah ada entah tidak.

Oleh itu, Inter dan Conte setuju dengan penamatan kontrak dengan Inter setuju membayar pampasan €7 juta kepada Conte untuk baki kontraknya.

Berita itu ternyata membuatkan Romelu Lukaku sangat sedih. Pada masa yang sama rasa berterima kasih kepada Conte.

Lukaku berkata: “Terima kasih Antonio. Kamu telah mengubah saya sebagai seorang pemain dan menjadikan saya lebih kua.. dan kita menang bersama sama.”

“Memenanginya adalah perkara yang paling mustahak buat kamu dan saya berasa gembira kerana pernah ada kamu sebagai jurulatih. Saya akan memegang prinsip-prinsip kamu untuk seluruh karier sasya. Saya terhutang banyak dengan kamu.”

Baca juga artikel

UEL: Penalti De Gea Tak Masuk, Unai Emery Cipta Sejarah Unggul Bersama Villarreal

EURO: Benzema Sudah OK Dengan Deschamps Dan Yakin Membantu Perancis Juara

TERKINI: UEFA Ancam Singkirkan Real Madrid, Juve & Barca Dari UCL Jika Terus Berkeras Dengan ESL

© 2022 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group