Kelab bola sepak terkenal Thailand, Chonburi FC hari ini secara rasmi memperkenalkan Junior Eldstal sebagai pemain terbaharu mereka untuk saingan pusingan ke-2 Thai League 2020/2021.

Dalam kenyataan rasmi kelab melalui laman web mereka menyebut bahawa Junior Eldstal gembira dengan perpindahan ke Chonburi, sebuah kelab yang penuh dengan sejarah tersendiri.

“Saya amat gembira mengenai perpindahan ke Chonburi FC, sebuah kelab yang penuh dengan sejarah dan sebuah kelab yang besar dalam saingan Thai League serta ini juga merupakan peluang untuk saya. Terima kasih kepada semua pihak yang telah menjadikan perpindahan ini satu kenyataan.”

Junior Eldstal dalam artikel itu juga berazam untuk memberikan satu aksi yang terbaik dalam setiap perlawanan bersama Chonburi FC jika diberikan peluang turun bermain.

“Saya memiliki pengalaman dalam saingan Liga Malaysia serta aksi diperingkat Asia dan pastinya saya mahu membawa pengalaman tersebut bersama kelab untuk membantu mereka.”

“Chonburi FC memiliki pemain-pemain muda dan saya teruja untuk berkongsi pengalaman saya bersama mereka.”

Dengan ketibaan Junior Eldstal bersama kelab Thai League 1, ini bermakna Malaysia mempunyai 2 orang pemain yang sedang bersama kelab divisyen tertinggi negara itu selain Dominic Tan yang beraksi dengan Police Tero FC.

Jangan lupa untuk terus membaca 3 artikel terpilih VOCKETFC seperti dibawah.

FAM Umum Datuk Ong Kim Swee Sebagai Pengarah Teknikal Baharu Gantikan Tempat Peter de Roo

Mohamadou Sumareh Ucap Terima Kasih Kepada Police Tero FC, Siap Sedia Untuk 2021 Secara Mental Dan Fizikal

FPL Manager Of The Week Pasukan ‘Bachok Selatan’ Dan Nama Pengurus ‘Mus Tahil’ Jadi Tumpuan Dunia

Sumber