Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Hari ini kelab Cerezo Osaka secara rasmi mengumumkan penjaga gol skuad kebangsaan Vietnam, Dang Van Lam sah menyertai kelab itu bagi saingan musim 2021 melalui satu artikel di laman web rasmi mereka.

Penghijrahan Dang Van Lam ke Cerezo Osaka ini menjadikan beliau sebagai pemain Vietnam ke 4 yang menyertai kelab dalam saingan J.League sejak diperkenalkan pada tahun 1993, dimana sebelum ini sudah ada pemain seperti Le Cong Vinh, Nguyen Cong Phuong dan Nguyen Tuan Anh.

Walaupun perpindahan ke Cerezo Osaka ini dipalit isu kontroversi Dang Van Lam dengan kelab SCG Muangthong United berkait masalah kontrak, FIFA dilaporkan telah memberikan ITC sementara bagi membolehkan pemain ini menyertai kelab baharunya.

Kes Dang Van Lam ini sebenarnya jika diperhatikan adalah mirip isu yang dihadapi oleh Mohamadou Sumareh dengan pasukan Pahang.

Dang Van Lam dilahirkan di Rusia kepada pasangan Vietnam-Rusia, dijangka akan menerima cabaran hebat untuk merebut posisi utama penjaga gol Cerezo Osaka dalam saingan utama di Jepun itu walaupun kelab baru sahaja melepaskan 2 penjaga gol lain beberapa minggu lalu.

Pastinya perpindahan ini bakal menjadi satu lagi pencapaian kepada bola sepak Vietnam untuk terus menghasilkan pemain-pemain yang mampu mencabar bola sepak Asia dimasa depan.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah ini.

Ini Cara Rakuten Bantu Semua Kelab J.League Untuk ‘Reach’ Pasaran Yang Lebih Luas Jual Merchandise

AKRacing Dan FC Tokyo Jual ‘Bangku Simpanan Pemain’ Pada Harga RM2,355 Seunit Kepada Penyokong

Kelab Divisyen 3 Jepun Ini Miliki 554 ‘Official Partners’, Majoriti Adalah Syarikat Komuniti Setempat

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group