Red Devils akhirnya mengumumkan secara rasmi bahawa Casemiro sertai Manchester United, dan ianya berita yang sangat mengujakan peminat Manchester United.

Laporan tentang minat minat Manchester United ke atas pemain itu bermula minggu lalu. Walaupun sebelum ini, Casemiro bukanlah dalam senarai keutamaan Manchester United. Tetapi oleh kerana mereka terus gagal mendapatkan De Jong, dan kemudian gagal mencapai kesepakatan dengan Adrien Rabiot, makan nama Casemiro dianggap calon terbaik untuk dibawa masuk ke Manchester United.

Walaupun Manchester United dianggap agak perlahan dalam memuktamadkan perjanjian pemain, namun kali ini mereka benar benar pantas dan cekap.

Casemiro menjadi sasaran Erik Ten Hag untuk menguatkan barisan tengah dan melindungi barisan pertahanan pasukannya.

Casemiro kini menjadi pembelian atau penandatanganan keempat Manchester United dalam musim panas kali ini.

Manchester United dan Real Madrid mencapai kesepakatan harga €70 juta untuk pemain tengah defensif itu. Casemiro ditawarkan kontrak 4 tahun dengan opsyen lanjutan setahun lagi.

Dia menjadi salah seorang penerima gaji lumayan di Manchester United iaitu dengan €415 ribu seminggu, gaji yang sama dengan David De Gea.

Casemiro sertai Manchester United selepas dia memberitahu sendiri Carlo Ancelotti hasratnya untuk merasai cabaran baharu.

Real Madrid turut menawarkan kontrak baharu kepada pemain itu, namun ianya ditolak oleh Casemiro.

Real Madrid menghormati hasrat pemain berusia 30 tahun itu. Lagipun mereka sudah memiliki Tchoumeni dan juga Camavinga yang dianggap calon pengganti kepada Casemiro.

Casemiro memiliki rekod 3 kejuaraan La Liga, 5 kejuaraan UCL bersama Real Madrid, dianggap salah seorang pemain tengah defensif terbaik pada eranya.

Pemain berusia 30 tahun itu juga akan membawa kualiti kepimpinan dan pengalaman bersamanya.

Walaupun sudah mendapatkan Casemiro, Manchester United dilihat masih aktif memburu pemain baharu dalam jendela perpindahan kali ini.