Kelab Buriram United secara rasmi mengumunkan untuk menghantar trio barisan hadapan mereka menjalani latihan bersama bekas juara Liga Inggeris 2015-2016, Leicester City.

Berita mengenai perancangan ini telah disiarkan melalui sebuah laman web site terkenal di Thailand, Ball Thai yang menyatakan bahawa ketiga-tiga pemain itu akan menyertai sesi latihan selepas tamat saingan Thai League sekitar bulan Mei 2021.

Walaupun dilaporkan pengumuman rasmi akan dibuat pada hari Rabu, 9 September 2020 tetapi melalui kemaskini dilaman Twitter telah ada mendedahkan sekeping surat makluman mengenai perkara ini sebentar tadi.

Leicester City yang merupakan milik seorang ahli perniagaan berasal dari Thailand, dilihat mahu bekerjasama dengan pihak kelab tempatan untuk memberikan pendedahan kepada pemain muda yang berpotensi untuk persiapan skuad kebangsaan mereka.

King Power yang merupakan entiti yang memiliki hak keatas Leicester City itu juga merupakan pembiaya kepada pembinaan pusat latihan skuad bola sepak kebangsaan Thailand yang sedang dibina dan penghantaran pemain ini dilihat sebagai salah satu dari program yang telah mereka aturkan.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kami  sediakan untuk anda.

Jendela Perpindahan Thai League Masih Terbuka, Police Tero Minat Bawa Sumareh Ke Thai League?

Ratusan Bungkus Maruku Terjual Dalam 2 Bulan, Indikator Awal ‘F&B Business’ Kerteh FC Semakin Kencang.

Arnout Vercruysse: “Saya Dah Beli 2 Buah Buku Resepi Masakan Malaysia”, Teruja Menerima Luqman Hakim Dirumahnya