Kelab BG Pathum United malam ini secara rasmi mengesahkan tempat ke saingan peringkat kumpulan AFC Champions League musim 2021 apabila menewaskan Nakhon Ratchasima FC dengan keputusan 2-0.

3 mata yang dikutip ditempat lawan itu juga membolehkan mereka berada dikedudukan Top 2 saingan Thai League 1 2019 ini sebelum saingan pusingan pertama ditamatkan tidak lama lagi.

Secara asasnya, Top 4 ketika tamat saingan Thai League 1 2020/2021 ini akan menerima slot ke saingan AFC Champions League dimana;

  • Top 2 layak secara automatik ke peringkat kumpulan
  • Tempat ke-3 dan 4 pula akan beraksi dipusingan kelayakan 2

3 lagi slot akan menjadi rebutan kelab-kelab domestik Thailand dan diramalkan 2 kelab tersohor Buriram United dan SCG Muangthong United tidak akan berjaya menempatkan diri dalam Top 4 apabila tamat pusingan pertama nanti.

Ketika ini saingan hebat diantara Chiangrai United dan juga Port FC akan berterusan bagi merebut 1 slot automatik ke peringkat kumpulan namun kelebihan mungkin berpihak kepada Port FC kerana mereka mempunyai 4 perlawanan dalam tangan dengan perbezaan mata kedua-dua pasukan adalah hanya 1 mata.

Thailand menerima slot 2+2 ini selepas mereka berjaya menempatkan diri dalam kelompok 4 pasukan MA Asia Timur terbaik selepas Korea Selatan, China dan Jepun, memintas Australia yang sebelum ini berada dikedudukan ke-4.

Malaysia pula menerima 1 slot automatik peringkat kumpulan AFC Champions League 2021 – milik pasukan JDT, manakala naib juara liga dan tempat ke-3 – Kedah dan Terengganu pula layak ke peringkat kumpulan AFC Cup 2021.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kamiĀ  sediakan untuk anda.

Media Thailand Ini Dedahkan Kontrak Norshahrul Idlan Talaha Bersama BG Pathum United Tidak Disambung

Datuk K.Rajagobal Dalam Senarai Akhir 3 Calon Ketua Jurulatih Skuad Kebangsaan Brunei Darussalam

Bekas Penyerang Kelab Vasco da Gama Kini Dikaitkan Dengan Perpindahan Ke Pasukan Pantai Timur