Kelab Thai League 1, BG Pathum United dan Port FC semalam mengesahkan tempat mereka dalam peringkat kumpulan saingan AFC Champions League 2021 apabila berjaya muncul sebagai 2 pasukan teratas saingan liga domestik Thailand.

Walaupun berbaki 1 lagi perlawanan untuk pusingan pertama Thai League 1 ditamatkan, BG Pathum United mengesahkan kedudukan mereka selaku pendahulu liga tanpa mampu dicabar dengan 38 mata selepas 14 perlawanan, manakala Port FC pula mengutip 34 mata.

Mengiringi 2 pasukan itu adalah Ratchaburi Mitr Phol FC dan Chiangrai United yang berjaya menempatkan diri dikedudukan ke 3 dan 4 terbaik seterusnya menempah tiket pusingan kelayakan 2 AFC Champions League musim hadapan.

Penampilan BG Pathum United musim 2021 nanti adalah kali ke-2 untuk mereka selepas kali terakhir beraksi dalam saingan kelab elit Asia ini pada tahun 2015, dimana mereka (ketika itu dikenali sebagai Bangkok Glass FC) menewaskan Johor Darul Ta’zim dengan keputusan 3-0 sebelum tumbang kepada Beijing Guoan pada pusingan play-off.

Ratchaburi Mitr Phol pula bakal merasai aksi sulung dalam kejohanan peringkat benua dan pastinya bakal memberikan satu pengalaman hebat untuk mereka dimasa depan.

EpGkC5bW8AEBWmf

Mungkin ada yang masih tidak tahu bahawa Thailand menerima 4 slot (2+2) selepas mereka berjaya memintas Australia ditempat ke 4 dalam carta AFC MA Ranking Asia Timur dan membolehkan slot yang lebih banyak diberikan.

Dengan BG Pathum United dan Port FC sah menerima slot, ini bermakna semua pasukan dari Asia Tenggara telah lengkap dengan wakil masing-masing dalam peringkat kumpulan kejohanan AFC Champions League 2021;

  • Thailand: BG Pathum United, Port FC
  • Malaysia: Johor Darul Ta’zim FC
  • Vietnam: Viettel
  • Filipina: United City FC
  • Singapura: Tampines Rovers

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kami  sediakan untuk anda.

LTK: “Pemain Perlukan Masa Dan Bermain Dalam Liga Yang Sesuai, Bukan Liga Premier. Ini Membunuh!”

Norshahrul Idlan Talaha Akan Kembali Ke Liga Malaysia 2021 Bersama Pasukan Sarawak United

Team FAM-MSN: Yusri Che Lah Dilantik Ketua Jurulatih, 30 Pemain Perintis Beraksi Dalam Liga Premier 2021