Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Pemenang Ballon d’Or 2022, Karim Benzema mengumumkan persaraan daripada peringkat antarabangsa.

Artikel Berkaitan:

Benzema dianggap sebagai salah seorang pemain terbaik pernah dimiliki oleh Perancis di dalam sejarah,

Pengumuman itu dibuat pada hari kelahirannya ke-35 dan juga hanya sehari selepas peminat Perancis meratapi kegagalan memenangi Piala Dunia 2022.

Benzema sepatutnya menjadi gandingan utama Kylian Mbappe sebagai gandingan bintang di hadapan gol.

Namun terpaksa menarik diri kerana dia mengalami kecederaan.

Nama Benzema masih berada dalam daftar pemain Perancis untuk Piala Dunia 2022. Dia kembali cergas menjelang final antara Perancis dan Brazil.

Namun begitu Didier Deschamps enggan memanggil Benzema dan berkata mereka sudah menggunakan 24 pemain sejak hari pertama di Qatar.

Benzema menerima jemputan untuk bersama sama menyokong pasukan Perancis dan parti keraian – jika Perancis juara.

Benzema menolak pelawaan itu dengan satu kapsyen di Instagram berbunyi: “Saya tidak berminat”

Ianya dikatakan ditulis sebagai respon kepada jemputan Perancis untuknya dan kesemua pemain yang cedera sebelum kejohanan bermula.

Benzema memiliki karier luar biasa di peringkat kelab. Namun di peringkat kebangsaan dia agak tidak indah.

Benzema membuat debut pertama untuk Perancis pada 2006. Dan menjadi sebahagian pasukan dalam Euro 2008.

Benzema ketika itu sebenarnya secara mengejut disingkirkan daripada skuad Piala Dunia 2010, namun dia dipanggil semula di bawah pengurus baharu Laurent Blanc untuk kempen EURO 2012.

Ketika bercakap tentang penyingkiran namanya daripada skuad Piala Dunia 2010, Benzema menganggap dirinya seperti mati.

Raymond Domenech yang menjadi pengurus ketika itu menyatakan bahawa Benzema disisihkan kerana prestasi tidak menentunya dalam proses beradaptasi dengan kelab baharunya Real Madrid.

Namun ramai percaya, punca utama dia disisihkan adalah kerana skandal video seks.

Pada 2015, Benzema sekali lagi dibekukan daripada skuad Perancis. Kali ini kerana kes ugutan ke atas rakan sepasukannya Mathieu Valbuena.

Benzema dengan terbuka mengutuk pengurus Didier Deschamps yang mengabaikan namanya daripada panggilan EURO 2016, di mana Perancis kalah di tangan Portugal dalam aksi final.

5 tahun selepas dia dibekukan daripada panggilan kebangsaan, Benzema kembali pada EURO 2020 yang dianjurkan pada 2021.

Benzema cemerlang menjaringkan 4 gol pada masa itu sebelum disingkirkan Switzerland dalam penentuan penalti.

Beberapa bulan kemudian dia membantu negaranya memenangi Piala Negara Negara Eropah dan cemerlang membantu Perancis mara ke Piala Dunia 2022 di Qatar.

Aksi terakhir Benzema bersama Perancis adalah pada Jun 2022 ketika berdepan Denmark dalam aksi Piala Negara Negara Eropah. Sebelum dia mengalami kecederaan menjelang aksi Piala Dunia.

Benzema akhirnya mengumumkan persaraan daripada bola sepak antarabangsa dengan menulis: “Saya sudah berusaha, saya juga pernah buat kesilapan, semua itu meletakkan saya ke tempat saya yang ada hari ini. Dan saya bangga dengannya.”

“Saya menulis kisah saya sendiri dan kisah kita [Benzema dengan Perancis] berakhir.”

Kini Benzema akan menumpukan sepenuhnya perhatian kepada Real Madrid.