Ketiadaan Benjamin Mora dalam dua perlawanan bersama Harimau Selatan akhirnya terjawab apabila Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) hari ini mengumumkan mereka telah menamatkan khidmat jurulatih tersebut.

Menurut kenyataan rasmi, Mora dikatakan telah pulang ke Mexico untuk menyelesaikan urusan peribadi.

“JDT mengucapkan terima kasih kepada Benjamin Mora atas khidmat baktinya.
Benjamin telah meminta untuk membenarkan beliau pulang ke Mexico bagi menyelesaikan urusan peribadi yang tidak dapat dielakkan dan JDT telah menghormati permintaan tersebut dan akan membiarkan pintu sentiasa terbuka untuk beliau kembali pada masa akan datang,” tulis kenyataan rasmi.

Pengumuman tersebut sekaligus menyangkal dakwaan peminat setia JDT mengenai pemergiannya ke Jepun bagi menyaksikan perlawanan persahabatan diantara PSG menentang Urawa Red Diamond sebagai persiapan menghadapi pusingan kedua AFC Champions League (ACL).

Pemergian Mora agak mengejutkan peminat bola sepak tempatan kerana beliau telah pergi ketika JDT sedang berada dalam prestasi terbaik dalam saingan Liga Malaysia. Harimau Selatan masih mengekalkan rekod tanpa kalah dalam Liga Super selepas mengharungi 11 perlawanan.

Benjamin Mora juga merupakan jurulatih JDT yang paling berjaya dengan empat kejuaraan Liga Super Malaysia, empat Piala Sumbangsih, satu Piala Malaysia dan turut membawa pasukan tersebut ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara AFC tahun ini.

Beliau telah mengendalikan 148 perlawanan sepanjang dua kali tugasan sebagai jurulatih JDT sejak 2017, dan memenangi 102 perlawanan.

Siapakah pengganti sebenar Benjamin Mora? Sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi daripada JDT mengenai pengumuman Ketua jurulatih baharu.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia melalui pautan dibawah.

TRW Kelantan Catat Keuntungan Buat Kali Pertama Sejak Diambil Alih Oleh Zamsaham

PJ City Tetap Guna Anak Tempatan 100 Peratus Tanpa Kelibat 9 Pemain Import

5 Pemain Lebih Umur Termasuk 3 Pemain Import Dibenarkan Beraksi Dalam Liga Simpanan

Liga Super: Peminat Tidak Setuju Dengan Peraturan 9 Pemain Import