Wolves rasminya melantik Julen Lopetegui sebagai pengurus baharu mereka. Lopetegui dianggap pilihan utama dalam senarai calon untuk mengisi kekosongan jawatan pengurus di Wolves.

Wolves telah mengumumkan secara rasmi Lopetegui sebagai baharu untuk menggantikan Bruno Lage.

Namun begitu, pengurus baharu itu, Lopetegui hanya akan mengendalikan Wolves secara rasmi pada 14 November kerana masih perlu menyelesaikan isu berkaitan permit kerja.

Ini bermakna, Lopetegui akan mengendalikan perlawanan pertamanya dengan Wolves selepas Piala Dunia akan datang.

Wolves dalam kenyataan rasmi mereka berkata: “Lopetegui adalah jurulatih hebat dengan pengalaman luar biasa di peringkat tinggi.”

“Kami gembira dapat membawanya ke Wolves,” kata pengerusi Wolves Jeff Shi, meneurusi laman web rasmi kelab.

Lopetegui adalah jurulatih berpengalaman luas. Seperti yang kita semua tahu, Julen Lopetegui pernah mengendalikan Real Madrid pada 2018.

Sebelum ini Lopetegui mengendalikan Sepanyol dan dianggap telah membentuk skuad La Roja yang sangat hebat yang ketika itu dijangka mampu mengulangi pencapai skuad emas yang memenangi Piala Dunia dan Eropah satu ketika dahulu.

Daripada 20 perlawanan yang dilalui Sepanyol di bawah kendaliannya, La Roja menang 14 daripadanya.

Namun, beberapa hari sebelum Piala Dunia 2018 bermula, Lopetegui dipecat oleh RFEF selepas Real Madrid membuat pengumuman rasmi bahawa Lopetegui akan menjadi pengurus kelab itu selepas tamat Piala Dunia 2018.

Pemecatan Lopetegui memberikan kesan kepada kempen Piala Dunia Sepanyol pada masa itu.

Dia kemudian menguruskan Real Madrid. Namun dipecat hanya selepas 14 perlawanan.

Lopetegui berkata, dia mengalami kesukaran di Real Madrid kerana tidak mendapat beberapa pemain yang dimahukannya. Tidak berapa lama kemudian, ayah Lopetegui turut membidas Florentino Perez yang menipu anaknya, menyatakan bahawa Cristiano Ronaldo akan terus kekal di Madrid.

Malangnya pemain itu dijual ke Juventus. Lopetegui bergelut untuk membina pasukan di Real Madrid.

Selepas berehat, dia kembali ke kancah pengurusan bola sepak dengan menyertai Sevilla. Lopetegui memberikan impak dengan membantu kelab itu menjuarai UEL pada 2020. Yang juga merupakan trofi pertamanya sebagai pengurus kelab.

Namun pada Oktober 2022, dia dipecat selepas prestasi tidak memuaskan Sevilla.

Kini Lopetegui akan memulakan semula kariernya di tempat baharu di England.

Menjadikan EPL tempat berkumpulnya pengurus pengurus yang luar biasa.