Pengarah Sukan Bayern Munich, Hasan Salihamidzic mengesahkan kemenangan Bayern dalam usaha mendapatkan Dayot Upamecano dari RB Leipzig.

Bukan mudah untuk Bayern mendapatkan pemain tersebut. Kerana mendapat persaingan daripada banyak kelab besar lain termasuk 3 kelab EPL yang menawarkan gaji lebih besar.

Christian Falk melaporkan bahawa Upamecano memutuskan untuk menyertai Bayern Munich. Upamecano kemudian mempertimbangkan 3 kelab daripada 4 yang berminat.

Falk melaporkan Man United paling awal hilang harapan untuk mendapatkan pemain tersebut.

Upamecano antara sasaran utama Ole Gunnar Solskjaer. Dan sekali lagi beliau gagal mendapatkan sasaran utamanya.

Dan akhirnya Bayern menewaskan Chelsea dan Liverpool  untuk mendapatkan tandatangan Upamecano. Falk berkata:

“Benar, Dayot Upamecano hanya mempertimbangkan 3 kelab sahaja iaitu Bayern, Liverpool dan terbaru Chelsea.”

“Man United tidak ada peluang lagi untuk perpindahan Dayot Upamecano.”

fal

Bayern Munich membayar klausa pelepasan £37 juta yang terkandung pada kontrak Upamecano.

Kedua dua pihak memuktamadkan kontrak selama 5 tahun. Salihamidzic berkata:

“Kita sangat gembira di Bayern. Kami melalui rundingan yang sangat baik, intensif dan profesional dengan Dayot serta penasihatnya Volker Struth sejak berbulan bulan lamanya.”

“Kami memang dah tahu kami akan mendapat saingan sengit daripada kelab lain.”

“Upamecano masih muda, 22 tahun. Namun dia sudah berkembang dan membangun secara luar biasa. Saya sentiasa yakin kita berjaya membentangkan beliau dengan konsep yang bagus untuk menariknya ke sini.”

“Kita membentangkan visi kita terhadap kariernya di Bayern. Dalam beberapa minggu di Doha, saya terus bercakap lanjut dengan semua yang berkaitan.”

“Ia proses yang sangat panjang melibatkan pemain, keluarga dan pengurusan beliau yang akhirnya yakin bahawa FC Bayern adalah kelab terbaik untuknya.”

“Dayot Upamecano akan mewakili Bayern untuk 5 tahun.”

Bayern Munich sebelum ini menyatakan bahawa David Alaba dikira 99% akan meninggalkan mereka. Sementara masa depan Jerome Boateng juga masih tidak dapat dipastikan.

Kehadiran Dayot pastinya untuk mengisi pemergian pemain senior seperti mereka.

Baca juga perkembangan lain

Mourinho Kecewa Post Instagram Bale Yang Menyimpang Dari Realiti Sebenar

Suku Akhir Piala FA: Maguire Jumpa Kelab Lama, Everton Bertemu City

Bayern Munich Juara Dunia Dengan Sextuple