Bekas pemain pertahanan Kuala Lumpur, Azmeer Yusof hari ini mengumumkan telah keluar daripada pasukan Kedah kerana ingin menumpukan perhatian kepada bidang perniagaan.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan pengundurannya itu tiada kaitan dengan masalah tunggakan gaji yang melibatkan skuad Helang Merah dan memohon maaf kepada semua penyokong diatas tindakannya.

“Saya doakan yang terbaik buat pasukan Kedah FA. Semoga terus mencipta kejayaan2 di masa akan datang.

“Ampun maaf dipinta kepada semua pihak seandainya kehadiran saya ke bumi Jelapang Padi tidak dialu-alukan. Sesungguhnya yang baik datang dari Allah Taala, yang buruk datang dari diri saya sendiri,” katanya dalam satu kenyataan.

Di sebalik kelincahan beraksi di padang bola, Azmeer juga turut mengambil berat hal kebajikan masyarakat Muslim. Beliau menjadikan sebuah rumah miliknya di Tongkang Yard, Alor Setar sebagai pusat pengajian al-Quran.

“Kepada penyokong bolasepak Kedah, saya bukan bekas pemain Kedah dan saya bukan Legend anda. Tapi saya adalah sahabat kalian. Doakan segala urusan saya utk bina Pusat Pengajian Islam Azmeer Yusof di Alor Setar tercapai dgn izin Allah.

“Pesanan saya yang terakhir kepada semua orang yang beragama islam. Agama kita, kita jaga. Dan jangan sesekali tinggalkan solat 5 waktu. Kerana itu soalan pertama Allah pada kita di Alam sana nanti.

“Maafkan saya dgn keputusan ini,” kata pemain yang berusia 30 tahun itu.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Azmeer Yusoff yang pernah disiarkan dalam Vocket FC sebelum ini. 

Berkongsi Pengalaman Berkaitan Pengurusan Kewangan, Ini 9 Nasihat Azmeer Yusof Kepada Pemain Bola Sepak

Azmeer Yusoff: Jual Ikan Sehingga 1.3 Tan Sehari, Cari Pendapatan Tambahan Ketika PKP