Kelab liga Korea Selatan, Ansan Greeners FC hari ini telah memperkenalkan pemain baharu mereka dari Indonesia iaitu Asnawi Mangkualam secara rasmi selepas beberapa minggu dikaitkan dengan perpindahan ke kelab K.League 2 itu.

Pengumuman yang dibuat melalui laman sosial rasmi pasukan itu sememangnya dinantikan terutamanya oleh penyokong bola sepak di Indonesia untuk menyaksikan seorang lagi pemain dari negara itu berkelana ke luar negara.

Berita pengenalan secara rasmi itu juga telah menjadi tumpuan apabila laman sosial Twitter rasmi K.League juga turut mengemaskini mengenai Asnawi yang pastinya bakal memberikan impak besar kepada liga bola sepak Korea Selatan khususnya.

“Tahap (bola sepak) K.League antara yang terbaik di Asia. Hari sebelum saya datang ke Korea, ketua jurulatih Shin Tae-yong telah memberikan banyak nasihat kepada saya mengenai bola sepak Korea Selatan.”, kata Asnawi yang dipetik dari Facebook rasmi Ansan Greeners FC.

Kira-kira sebulan yang lalu, VOCKETFC ada menerbitkan sebuah artikel berkenaan ‘Followers’ Instagram Ansan Greeners Naik 740% selepas Asnawi Mangkualam dikatakan hampir pasti berlepas ke Ansan Greeners!

Teruskan membaca 3 artikel terpilih yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah ini.

Malaysia Berisiko Terlepas Slot Automatik AFC Champions League Jika Gagal ‘Perform’ Diperingkat Asia 2021

Penyokong ‘The Red Warriors’ Teruja Dengan Jersi Musim 2021 Sehingga Mahu Jadikan Sebagai Baju Raya

Pakai Jersi Pasukan Luar Negara Ketika Bertugas, Pengurus Nasarawa United Diberikan Amaran Keras Oleh NPFL