AS Roma akhirnya menyelesaikan kesepakatan kepemilikan baharu pada hari ini. Ini bermakna berakhirnya era Pallotta di Roma.

Berita itu diumumkan secara rasmi menerusi media sosial kelab Roma.

Kesepakatan untuk penjualan kelab melibatkan perjanjian sekitar £532 juta / €591 juta ataupun sekitar RM2.93 billion.

Syarat-syarat telah disepakati pada hari Rabu dan perincian transaksi tersebut disahkan dalam pernyataan yang diberikan kepada CONSOB, pihak berkuasa yang dilantik kerajaan yang bertanggung jawab mengatur keselamatan perdagangan dan pasaran di Itali.

Beberapa minggu lalu, bekas Presiden Roma, Jim Pallotta berkata: “Saya dengan senang hati mengesahkan bahawa kami telah mencapai kesepakatan dengan Kumpulan Friedkin untuk penjualan AS Roma.”

“Kami telah menandatangani kontrak dan, dalam beberapa hari mendatang, sekarang akan bekerjasama untuk menyelesaikan proses formal dan regulasi pertukara kepemilikan kelab.”

“Sepanjang bulan lalu, Dan dan Ryan Friedkin telah menunjukkan komitmen total mereka untuk memuktamadkan perjanjian ini dan mahu membawa kelab maju dengan cara yang positif. Saya yakin mereka akan menjadi pemilik masa depan yang hebat untuk AS Roma.”

Transaksi ini akan menyaksikan pemilik sedia ada AS Roma SPV menjual keseluruhan modal sahamnya 86.6 peratus kepada The Friedkin Group.

Dan Friedkin, ketua dan CEO kumpulan pemilikan yang masuk, berkata: “Kita semua di The Friedkin Group sangat gembira kerana telah mengambil langkah untuk menjadi sebahagian daripada bandar dan kelab ikonik ini.

“Kami berharap dapat menutup pembelian secepat mungkin dan melibatkan diri dalam keluarga AS Roma.”

Dengan berita ini, ramai peminat AS Roma meraikannya dan berharap kelab akan memulakan era baharu yang lebih gemilang.

Segelintir penyokong AS Roma sudah lama menyampah dengan Pallotta kerana polisi beliau yang menjadikan AS Roma sebagai kelab penjual dan kemudian tidak menggantikan bintang yang mereka lepaskan dengan membeli pemain bintang baharu.

Baca juga perkembangan lain dari Eropah

TERKINI: Syarikat Singapura Sedang Berunding Dengan Mike Ashley Untuk Pengambilalihan

Fernandes Jelaskan Insiden Dengan Lindelof, Kecewa Tak Menang Apa Apa Musim Ini

Solskjaer: Kami Patut Dapat Satu Lagi Penalti