Manchester United mengesahkan bahawa pemain penyerang dari Chile, Alexis Sanchez berpindah secara tetap ke Inter Milan.

Sanchez sebelum ini menyertai Inter Milan secara pinjaman dalam usaha beliau mahu mendapatkan semula rentaknya.

Sanchez memeterai perjanjian dengan Man United dari Arsenal. Selepas beliau menjadi penyerang berbisa yang merobek benteng pertahanan di EPL pada setiap minggu.

Sanchez bertukar tempat dengan Henrikh Mkhitaryan.

Dengan Alexis Sanchez menjadi pemain paling tinggi gaji dalam sejarah EPL.

Tetapi segalanya serba tak menjadi di United. Beliau gagal memberikan impak yang diharapkan.

Alexis Sanchez berpindah ke kelab Serie A dengan pinjaman satu musim pada bulan Ogos 2019 dan telah membuat 29 penampilan untuk pasukan yang berpangkalan di San Siro, dengan menjaringkan empat gol.

United memutuskan untuk melepaskan Alexis Sanchez secara tetap ke Inter Milan.

Baca juga perkembangan lain dari Eropah

Highlight UEL: Man United 2 LASK 1 – Lingard Cetak Gol Cantik

Arsenal Cari Pembeli Mkhitaryan Untuk ‘Top Up’ Gaji Willian

Adebayor Anggap Peluang Real Madrid Atasi City Adalah Tipis Kerana Tiada Cristiano Ronaldo