Pemain skuad kebangsaan yang sekian lama berpengaruh diatas padang, Omar Abdulrahman semalam secara rasmi ditamatkan kontrak dengan pasukan Al Jazira Club secara ‘mutual consent’ atau persetujuan bersama.

Omar Abdulrahman menyertai Al Jazira Club pada musim 2019 dengan kontrak 3 tahun tetapi itu hanya tampil dalam 21 perlawanan sahaja sebelum saingan liga dibatalkan akibat penularan COVID-19.

Ketika jendela perpindahan pemain musim 2020/2021 pada bulan Januari lalu, pihak kelab dan pemain telah membuat keputusan untuk menamatkan kontrak selepas Omar Abdulrahman mengalami kecederaan panjang dan tidak banyak membantu pasukan diatas padang.

Segalanya bermula pada sekitar bulan Oktober 2018 apabila Omar Abdulrahman yang pada ketika itu beraksi untuk kelab Al-Hilal mengalami kecederaan ACL dan sejak dari itu, beliau gagal untuk tampil beraksi seperti biasa.

Video dibawah menunjukkan bagaimana kecederaan ACL yang dialami oleh Omar Abdulrahman ketika beliau menerima hantaran silang dari sebelah kanan dalam kotak penalti semasa perlawanan bertemu Al Shabab Riyadh.

Kemuncak kegemilangan Omar Abdulrahman adalah ketika musim 2016 apabila beliau merangkul pelbagai anugerah seperti AFC Champions League MVP, Arab Player of the Year dan paling padu adalah Asian Footballer of the Year.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah ini.

Vietnam Umum Tunda Saingan Liga Disebabkan Bilangan Positif COVID-19 Mencecah 221 Kes Sejak Khamis

RASMI: Cerezo Osaka Umum Dang Van Lam Sebagai Penjaga Gol, Pemain ASEAN Seterusnya Dalam J.League

Ini Cara Rakuten Bantu Semua Kelab J.League Untuk ‘Reach’ Pasaran Yang Lebih Luas Jual Merchandise