Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) semalam secara rasmi mengumumkan 10 buah lokasi perlawanan pusingan akhir kejohanan AFC Asian Cup 2023 yang akan berlangsung dari bulan Jun hingga Julai 2023, selepas menerima pengesahan dari pihak Persatuan Bola Sepak China (CFA).

Kejohanan Piala Asia 2023 ini merupakan kejohanan terbesar untuk pasukan kebangsaan, pihak AFC yakin China FA dan bandar-bandar yang terpilih akan menjayakan kejohanan selari dengan status acara berkelas dunia.

“Pihak AFC merakam ucapan terima kasih keatas komitmen yang ditunjukkan oleh CFA dan 10 buah bandar yang dipilih untuk menjadi sebahagian dari keraian bola sepak Asia.”

“Saya mengucapkan selamat maju jaya untuk menunjukkan kepada dunia bahawa China mampu menganjurkan sebuah acara bola sepak besar diperingkat antarabangsa.”, kata presiden AFC Shaikh Salman bin Ebrahim Al Khalifa.

China sebelum ini bertanding dengan 4 lagi calon untuk menganjurkan kejohanan Piala Asia 2023 ini iaitu Indonesia, Thailand, India dan Korea Selatan. Namun semua 4 calon tersebut telah menarik balik hasrat mereka dan membatalkan permohonan kepada AFC untuk memberikan fokus kepada kejohanan lain pada 2023.

Dengan China sah selaku tuan rumah Piala Asia 2023 itu nanti membolehkan negara itu menganjurkan kejohanan itu buat kali kedua dalam tempoh 15 tahun selepas kali terakhir pada tahun 2004.

Artikel berkaitan dengan bola sepak Asia dibawah telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

FA Thailand Beri Dana Tambahan RM2.33 Juta Kepada Kelab Thai League 2 Untuk Tujuan Pembangunan

Philippe Troussier Akan Persiapkan Generasi Baru Vietnam Untuk Layak Ke Piala Dunia 7 Tahun Lagi

Saksikan Video Padu Bagaimana Honda Keisuke ‘Merasuk’ Semangat Pemain Kebangsaan Kemboja

Sumber