Pihak Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) petang tadi mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perlawanan peringkat kumpulan AFC Champions League yang berkait rapat dengan penularan coronavirus ketika ini.

Menurut kenyataan dari AFC, selepas berbincang dengan Persatuan Bola Sepak China (CFA), mereka memutuskan untuk melakukan penjadualan semula untuk 3 perlawanan pertama peringkat kumpulan AFC Champions League 2020.

Sekiranya dalam 3 perlawanan pertama itu pasukan dari China (Guangzhou Evergrande, Shanghai SIPG, Shanghai Shenhua dan Beijing FC) adalah selaku tuan rumah, perlawanan itu akan ditukar kepada perlawanan ditempat lawan.

Senarai perlawanan yang terlibat dengan penjadualan semula ini adalah;

Kumpulan E

  1. FC Seoul vs Beijing FC – 11 Febuari 2020

Kumpulan F

  1. Ulsan Hyundai vs Shanghai Shenhua – 18 Febuari 2020

Kumpulan G

  1. Suwon Samsung Bluewings vs Guangzhou Evergrande – 12 Febuari 2020

Kumpulan H

  1. Jeonbuk Hyundai Motors vs Shanghai SIPG – 19 Febuari 2020
  2. Yokohama F Marinos vs Shanghai SIPG – 4 Mac 2020

Pihak AFC juga menyatakan bahawa mereka akan terus memantau situasi isu coronavirus ini dari semasa ke semasa sebelum memutuskan berkenaan perlawanan home bagi pasukan dari China pada MD4,5, dan 6.

Keputusan ini dibuat sebagai satu langkah berjaga-jaga bagi memastikan keselamatan dan kebajikan pemain dan juga pasukan yang bertanding dalam kejohanan ini.

Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak Asia yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

TERKINI: Selangor Batal Sertai Kejohanan Jemputan Meizhou Hakka Cup Di China

Lihat Bagaimana Pemain Ceres-Negros Ini ‘Menyantuni’ Rakan-Rakan Komrad Ultras FC Tokyo

Pemain Kembar Posisi Pertahanan Kelab Police Tero FC Berjaya Pikat Perhatian Pasukan Shimizu S Pulse

Sumber