Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) sebentar tadi telah mengumumkan secara rasmi bahawa pasukan DPR Korea sah menarik diri dari pusingan kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 yang akan berlangsung beberapa minggu lagi.

Berita mengenai penarikan diri pasukan DPR Korea ini sudah mula tersebar sejak awal bulan Mei 2021 apabila mereka telah memaklumkan kepada AFC untuk menarik diri dari kejohanan itu disebabkan wabak COVID-19.

Walau bagaimanapun, pihak AFC pada ketika itu masih cuba untuk membantu DPR Korea mempertimbangkan kembali keputusan untuk menarik diri kerana akan timbul banyak masalah dan gangguan kepada pasukan-pasukan lain yang akan mengharungi pusingan kelayakan nanti.

Menyusahkan Pasukan Lain Harungi Pusingan Kelayakan

Dengan keputusan rasmi sudah pun diumumkan oleh pihak AFC hari ini, bermakna semua pasukan yang akan mengharungi pusingan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 akan berada dalam keadaan yang tidak menentu.

Ini adalah kerana, mekanisme kelayakan yang sebelum ini sudah jelas dijangkan akan berubah disebabkan penarikan diri pasukan DPR Korea.

Ia bakal membawa banyak gangguan luar padang kepada semua pasukan yang masih berpeluang untuk layak berdasarkan mekanisme sebelum ini dan mereka perlu melihat kembali apakah strategi yang perlu digunakan untuk mara ke peringkat seterusnya.

Kedudukan semasa kumpulan G.

Kumpulan G

Kedudukan semasa ranking naib juara kumpulan terbaik keseluruhan.

wcq

Pihak AFC masih lagi belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai mekanisme yang akan digunakan dalam menentukan kedudukan pasukan dalam kumpulan selepas DPR Korea menarik diri.

Malaysia tiada pilihan lain dan wajib mengutip mata penuh pada perlawanan menentang UAE, Vietnam dan Thailand untuk merebut slot automatik ke Piala Asia 2023.

Teruskan membaca artikel-artikel lain yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah.

FIFA Luluskan Geran Bantuan ‘FIFA Fund for Football Players’ Untuk 147 Pemain Di Malaysia Bernilai RM1.88 juta

TERKINI: Cerezo Osaka ‘Lepaskan’ Dang Van Lam Untuk Bersama Skuad Vietnam, Terbang Terus Ke UAE

Gelembung Sukan: Ini Perkara Yang Perlu Kita Faham Dalam Konteks Bola Sepak Tempatan