Hari yang indah untuk Marcus Rashford semalam. Ini apabila beliau mendapat darjah kebesaran MBE sebelum ini dan menjaringkan gol untuk pasukan England pada hari perlawanan antarabangsa.

Rashford mendapat darjah kebesaran daripada Ratu Inggeris sebagai tanda mengenang jasanya dalam memperjuangkan baucar makanan kepada kanak kanak yang memerlukan ketika cuti sekolah.

England atasi Belgium

Rashford disenaraikan dalam pasukan yang berdepan pasukan pilihan Belgium dalam aksi Liga Negara Eropah.

Southgate tidak menurunkan Harry Kane di kesebelasan utama dan memberikan peluang kepada Calvert Lewin.

Belgium terlebih dahulu di hadapan menerusi penalti oleh Romelu Lukaku pada minit ke-16.

Gol itu mengukuhkan lagi status Lukaku sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman untuk negaranya.

Namun enam minit kemudian giliran Rashford pula menjaringkan gol penyamaan, juga menerusi sepakan penalti. Ianya dihadiahkan selepas Jordan Henderson dikasari.

Rashford tiada masalah untuk menewaskan Simon Mignolet.

Gol menentang Belgium melengkapkan rentak positif Rashford yang selalu menjaringkan gol dalam empat perlawanan kompetitif berturut-turut untuk pasukan kebangsaan England.

Dia adalah pemain United keempat yang mencatatkan rekod tersebut selepas Bobby Charlton, Beckham dan Rooney.

Gol kemenangan England hadir pada separuh masa kedua. Apabila Mason Mount merembat deras, bola terbias pada kaki pemain lawan. Tidak ada apa yang mampu dilakukan Simon Mignolet.

EkES5kYXgAEYYnH

England bermain dengan lebih baik pada separuh masa kedua berbanding dengan Belgium.

England menang 2-1 mengatasi pencabar utama mereka dalam kumpulan ini.

Dan kekal menjadi satu satunya pasukan yang tidak kalah selepas 3 perlawanan. Belgium mengutip kekalahan pertama mereka di Wembley.

Dengan kemenangan ini, England menjadi pendahulu Kumpulan 2 bagi Liga A.

Baca juga perkembangan lain

RASMI: Santos Sahkan Kepulangan Semula Robinho (Untuk Kali Keempat)

Rashford Dikurniakan Darjah Kebesaran MBE Kerana Perjuangan Membantu Kanak Kanak Memerlukan