Sebuah saluran Youtube yang dimiliki oleh portal bola sepak terkenal Jepun iaitu GekiSaka semalam telah mengumumkan ranking Top 10 kasut bola paling banyak dipakai oleh pemain-pemain dalam kejohanan All Japan High School Soccer Tournament.

Menurut Encik Kohei yang menjadi hos kepada sesi itu, mereka telah mengutip data dari 528 orang pemain yang tersenarai dalam kesebelasan utama.

Nota: Pusingan akhir kejohanan itu telah disertai oleh 48 buah sekolah tinggi Jepun dan 48 x 11 menghasilkan 528.

1. Mizuno Morelia Neo 3

7fb9eb7c-7ee2-1658-80ea-58a3334f1357

mizuno morelia neo 3

Kasut bola Mizuno model Morelia Neo 3 menjadi muncul sebagai model paling banyak dipakai oleh pemain-pemain dalam kejohanan bola sepak sekolah tinggi Jepun edisi ke 99 baru-baru ini.

Dengan 44 orang pemain memakai Morelia Neo 3, mengatasi model lebih terkini Morelia Neo 3 Beta dimana hanya 7 pemain sahaja menggunakannya.

2. Mizuno Morelia 2, Nike Mercurial Vapor 13 & Asics DS-Lite X-Fly 4

mizuno nike asicsDitempat ke-2, 3 jenama dan 3 model berbeza berkongsi kedudukan iaitu Mizuno, Nike dan Asics.

Digunakan oleh 36 orang pemain bagi setiap model Nike Mercurial Vapor 13 mengekalkan kedudukan seperti tahun lalu ditempat ke-2.

Mizuno Morelia 2 pula semakin mendapat perhatian apabila musim lalu hanya merekodkan 22 orang pemain menggunakan kasut bola dari model ini, kenaikan lebih 50% untuk edisi 2020.

5. Mizuno Morelia Neo 2

Mizuno Morelia Neo 2

Kedudukan ke-5 tahun ini menjadi milik Mizuno Morelia Neo 2 dengan seramai 30 orang pemain menggunakan kasut model ini.

Ini juga adalah satu ‘kejatuhan’ model Morelia Neo 2 apabila mereka pada tahun lalu muncul sebagai kasut bola paling ramai digunakan dalam kejohanan bola sepak sekolah tinggi seluruh Jepun.

6. Nike Tiempo Legend 8

Nike Tiempo Legend 8

Tempat ke-6 pula dihuni oleh kasut bola jenama Nike dari model Tiempo Legend 8, dimana model ini telah digunakan oleh 27 orang pemain dalam senarai kesebelasan utama pasukan.

Pihak Gekisaka juga sebenarnya sudah meramalkan kedudukan kasut model Tiempo Legend 8 ini dipertengahan ranking Top 10.

7. Puma King Platinum

Puma King Platinum Takagawa Gakuen

Puma King Platinum ini telah digunakan oleh semua 11 orang pemain kesebelasan utama pasukan Sekolah Tinggi Takagawa Gakuen, dimana semuanya berwarna putih.

Menurut Kohei lagi, secara keseluruhannya, 21 orang pemain telah memakai kasut Puma King Platinum ini mengikut pemerhatian mereka.

8. Puma Ultra 1.1 & Nike Phantom GT

Phantom GT Puma Ultra 11

Kasut ini telah digunakan oleh 18 pemain bagi setiap jenama dan menjadikan jumlah kedua-duanya 36 pemain.

Puma Ultra 1.1 yang mempunyai berat sekitar 160 gram sememangnya menjadi faktor penting dan mereka menjangkakan model ini akan menjadi lebih diminati tidak lama lagi.

Antara pemain yang menggunakan Puma Ultra 1.1 ini adalah penyerang Sekolah Tinggi Kamimura Gakuen iaitu Fukuda Shio.

 

10. Nike Phantom Venom

Nike Phantom Venom

Dipakai oleh 15 orang pemain. Dalam edisi sebelum ini, mereka menjelaskan bahawa ada 26 orang pemain memakai Nike Phantom Venom.

Antara pemain yang menggunakan kasut ini adalah penyerang Sekolah Tinggi Matsumoto Kokusai iaitu Hayakawa Muneyuki.

Kedudukan Jenama Kasut Bola Secara Keseluruhan

Jika ranking berdasarkan jenama pula, Nike muncul selaku pendahulu dengan 152 orang pemain menggunakan kasut bola dari pelbagai model sambil diikuti rapat oleh Mizuno dengan 135 pemain.

Adidas pula hanya dipakai oleh 79 orang pemain, diekori rapat oleh Puma dengan 72 orang pemain.

Kedudukan ke-5 dipegang oleh Asics dengan 56 pemain, New Balance 21 orang pemain, Athleta 5 orang pemain, Umbro dan Under Armour masing-masing 4 orang pemain.

overall rank

Jumlah ini menjadikan jumlah keseluruhan 528 pemain dalam senarai kesebelasan utama 48 buah pasukan sekolah yang layak beraksi dalam pusingan akhir baru-baru ini.

Teruskan membaca 3 artikel dibawah yang telah kami sediakan untuk anda.

Park Hang-seo:”47 Pemain Import V.League, 70% Adalah Penyerang. Macam Mana Nak Dapat Penyerang Tempatan?”

“Era Kita Seronok Lihat Pemain Jepun Ke Luar Negara Sudah Tamat. Bukan Sekadar Hantar Pemain Ke Eropah.”

87% Mata AFC MA Ranking Malaysia Disumbangkan Oleh Pasukan JDT Dalam 4 Musim Terkini

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group