Impak yang dibawa oleh jurulatih dari Korea Selatan, Park Hang-seo terhadap bola sepak Vietnam sememangnya ketara dimana pasukan kebangsaan itu berjaya memenangi saingan Piala AFF Suzuki 2018 dengan menewaskan Malaysia di pentas perlawanan akhir.

Hang-seo serta-merta dianggap wira oleh peminat bola sepak serta Persatuan Bola Sepak Vietnam (VFF) dimana persatuan itu memberikan kontrak baharu yang lumayan di atas kejayaan jurulatih itu memberikan kejuaraan untuk Vietnam.

Namun, selain menghadiahkan kejuaraan, Hang-seo turut membawa impak positif yang lain ke dalam pasukan kebangsaan Vietnam apabila ranking FIFA The Golden Dragons mengalami peningkatan mendadak sejak dikendalikan oleh bekas ketua jurulatih Gyeongnam FC itu.

Selain itu, dalam 28 perlawanan yang dihadapi oleh Vietnam di bawah kendalian Hang-seo menentang pasukan dari rantau Asia Tenggara, pasukan itu tidak pernah merasa sebarang kekalahan dimana mereka mencatatkan 22 kemenangan dan 6 seri. Satu pencapaian yang boleh dianggap luar biasa.

Baru-baru ini, Hang-seo membawa skuad B-22 tahun Vietnam memenangi pingat emas temasya Sukan SEA 2019 di Filipina. Kejayaan itu juga merupakan pingat emas pertama bagi pasukan Vietnam dalam acara bola sepak sepak selepas mencuba selama 60 tahun, dan kali terakhir mereka menjuarainya pada edisi 1959 ketika itu menggunakan nama Vietnam Selatan.

Apa yang pasti, Vietnam mempunyai potensi untuk menjadi pencabar kepada pasukan-pasukan gergasi di rantau Asia dengan adanya โ€˜Korea Strategistโ€™. Para pemain dilihat selesa dan memahami corak permainan yang diterapkan oleh Hang-seo.

Baca artikel lain mengenai Park Hang-seo di sini:

Park Hang-seo Kekal ‘Unbeaten’ Di Asia Tenggara, Tamatkan Badi 60 Tahun Pingat Emas Sukan SEA Untuk Vietnam

Park Hang-seo Anggap Temasya Sukan SEA Satu Kejohanan Yang Mencabar

Park Hang-seo Setuju Tandatangani Kontrak Lanjutan