Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Kedudukan ranking dunia Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) yang melibatkan Malaysia dijangka akan berubah pada bulan depan selepas mencatat dua keputusan seri dalam kejohanan jemputan King’s Cup 2022 yang berakhir semalam.

Artikel Berkaitan:

Skuad kendalian Kim Pan-gon itu menewaskan Thailand (ranking 111) pada 22 September lepas menerusi penentuan sepakan penalti (5-3) selepas terikat 1-1 dalam 90 minit perlawanan.

Berdasarkan perkongsian daripada laman sesawang Footy Rankings, keputusan tersebut sekaligus memberikan tambahan mata sebanyak 3.57 dalam ranking FIFA dan membantu naikkan satu anak tangga.

Pada perlawanan kedua, Malaysia mencatat keputusan seri tanpa jaringan dengan Tajikistan yang berada di ranking 109 dunia namun tewas 0-3 menerusi penentuan sepakan penalti.

Keputusan tersebut menyaksikan Malaysia memperolehi tambahan mata sebanyak 1.16 dan secara keseluruhan mengutip 4.73 mata selepas tamat kejohanan King’s Cup 2022.

Berdasarkan jumlah mata ini, Malaysia yang kini berada di ranking 148 dunia berpeluang naik 2 anak tangga ke 145 dunia pada bulan Oktober 2022. Bagaimanapun, ia bergantung kepada keputusan perlawanan lain dari seluruh dunia.

Untuk pengetahuan anda, tambahan mata setiap perlawanan yang diiktiraf oleh FIFA berbeza jika ia berakhir dengan penentuan sepakan penalti. Pengiraan mata untuk keputusan menang tanpa penalti (weightage 1.0) manakala menang menerusi penalti (weightage 0.75).

Kedudukan ranking ini penting untuk menentukan pot undian rasmi Piala Asia 2023 yang bakal berlangsung nanti. Malaysia memerlukan beberapa perlawanan lagi untuk naikkan mata ranking FIFA walaupun peluang ke pot lebih baik agak tipis.