Juara Dunia Argentina akhirnya naik ke rangking nombor 1 dunia FIFA buat kali pertama dalam tempoh lebih enam tahun.

La Albiceleste (1840.93 mata) memintas Brazil (1834.21) selepas menikmati kemenangan persahabatan ke atas Panama dan Curacao.

Kejayaan Argentina naik sehingga ke ranking nombor 1 dunia ini adalah hasil prestasi cemerlang yang berterusan anak anak buah Lionel Scaloni.

Naib Juara Piala Dunia 2022, Perancis (1838.45) juga memintas Brazil selepas menewaskan Belanda dan Republik Ireland dalam pusingan pembukaan aksi kelayakan EURO 2024 minggu antarabangsa yang lalu.

France’s forward Kylian Mbappe leaves his team’s hotel to go to a training session in Bucharest on June 26, 2021 during the UEFA EURO 2020 European Football Championship. (Photo by FRANCK FIFE / AFP)

Belgium dengan 1792.53 mata dan England dengan 1792.43 mata melengkapkan kedudukan lima teratas.

Pendaki terbesar dalam ranking FIFA kali ini adalah Republik Afrika Tengah, yang menikmati peningkatan dua angka (10 kedudukan) selepas mencipta kemenangan berturut-turut dalam kelayakan Piala AFCON.

Negara tersebut berpeluang sangat cerah untuk muncul dalam Piala AFCON buat pertama kali.

Sementara itu, Malaysia yang cemerlang dalam dua aksi antarabangsa yang lalu, berjaya melonjak ke tangga ke-138 dunia daripada 145 sebelum ini.

Kedudukan Dunia FIFA seterusnya akan dikeluarkan pada 20 Julai 2023.