Ralf Rangnick memberikan amaran kepada Manchester United bahawa mereka harus menjadikan kekalahan di Anfield sebagai asas kepada pembinaan semula Manchester United.

Rangnick menyatakan bahawa Manchester United memerlukan sehingga 10 orang pemain baharu selepas kekalahan memalukan di Anfield.

Bercakap kepada wartawan selepas tamat perlawanan, Rangnick berkata: “Ianya memalukan, ianya mengecewakan, mungkin juga aib.”

Rangnick seterusnya menyatakan bahawa Liverpool 6 tahun berada di hadapan mereka pada ketika ini.

Rangnick tanpa berselindung mengakui bahawa pasukannya adalah kedua terbaik di kesemua bahagian dalam perlawanan ini berbanding Liverpool.

The Reds membelasah Manchester United 4-0 di Anfield. Dengan 2 gol oleh Mohamed Salah ditambah oleh satu gol masing masing daripada Sadio Mane dan Luis Diaz membuatkan Man United menelan kekalahan kesembilan mereka dalam Liga Perdana Inggeris musim ini.

Rangnick kemudian menegaskan dia terasa tidak sanggup untuk berada di sidang media bersama wartawan kerana terlalu malu.

Rangnick berkata: “Ini adalah benar benar memalukan buat saya selaku seorang jurulatih, untuk berada dalam sidang media seperti ini.”

“Kita harus menerima hakikat bahawa Liverpool sudah berada 6 tahun di hadapan kita sekarang.”

“Apabila Jurgen Klopp datang mereka berubah di perigkat kelab dan bukan sahaja mengangkat pasukan tetapi kelab dan bandar ini ke tahap yang baru.”

“Itulah yang perlu berlaku dengan kami dalam jendela perpindahan akan datang.”

“Akan ada pembinaan semula pastinya — tetapi itu tidak membantu kami apabila kami masih mempunyai lima perlawanan lagi,” kata Rangnick, merujuk kepada Manchester United masih tiga mata di belakang Tottenham di tangga keempat, setelah bermain lebih banyak perlawanan.

“Jika anda menganalisis situasi, ia tidak sukar untuk dianalisis. Bagi saya, jelas akan ada enam, tujuh, lapan, mungkin sepuluh pemain baharu diperlukan.”

“Sebelum anda menandatangani pemain tersebut anda perlu tahu bagaimana anda mahu bermain.”

Pakar Sky Sports, Roy Keane berkata, kekurangan semangat daripada United tidak mengejutkan apabila tiga daripada skuad hari perlawanan – Paul Pogba, Jesse Lingard dan Nemanja Matic – akan tamat kontrak pada akhir musim dan yang lain dijangka akan pergi.

Matic sudah mengesahkan dia tak akan kekal. Lingard dan Pogba terus berteka teki dengan masa depan mereka.

Tetapi Rangnick menegaskan skuad itu sedar sepenuhnya tentang kepentingan perseteruan dengan Liverpool dan memberi tumpuan kepada keperluan mereka untuk meraih mata dalam usaha memburu empat teratas.

Paul Pogba meninggalkan padang selepas mengalami kecederaan pada separuh masa pertama di Anfield.

Pengendali asal Jerman itu berkata: “Sekarang ini kami tidak cukup bagus untuk mendapatkan mata menentang Liverpool.

Rangnic terpaksa menerima hakikat bahawa Manchetser United tidak cukup bagus berbanding Liverpool musim ini,  di mana mereka menamatkan musim ini dengan kekalahan terkumpul 9-0 menentang musuh paling utama dalam sejarah kelab mereka.