Sergio Ramos sekali lagi tampil memuji kehebatan Lionel Messi. Kali ini Ramos meluahkan pandangannya bahawa penderitaan Real Madrid selama bertahun tahun ini adalah kerana adanya Lionel Messi bersama dengan Barcelona. Ramos menyifatkan kegeniusan Messi sukar untuk dijelaskan.

Sepanjang era Messi di Barcelona, Ramos berjaya memenangi 5 La Liga, 2 Piala Diraja Sepanyol dan 4 UCL. Di mana beliau percaya, tanpa Messi bersama Barcelona, jumlah trofi itu akan jauh lebih banyak.

Ramos berkongsi cerita permusuhan di antara dua kelab dalam dokumentari khas terbitan Amazon: “Kami telah banyak menderita sepanjang tempoh itu, mungkin, jika Barcelona tanpa Messi, dan kami tak berhadapan dengan dia, saya rasa kami akan menang lebih banyak piala.”

Ramos mendedahkan skuad Real Madrid era beliau telah berhadapan dengan skuad terbaik Barcelona di dalam sejarah terutama sekali era Pep Guardiola yang menaikkan lagi kehangatan permusuhan di antara kedua dua pasukan dalam el clasico.

“Ada masanya, apabila kita mengukur diri kita berhadapan dengan skuad terbaik dalam sejarah Barcelona. Kami pernah bermain di bawah pengurus hebat seperti Jose Mourinho. Tetapi kami tetap sukar berhadapan dengan mereka.”

“Kami tidak menang banyak sangat dan juga kerana ada tekanan yang tinggi daripada mereka dan juga daripada kami. Saya rasa kedua dua pasukan melakukan beberapa kesilapan ketika bertemu, dan syukurlah semua itu menjadikan kami lebih matang. Cari penyelesaian dan melawan.”

Ramos turut mengakui manfaat daripada perseteruan di antara kedua dua pasukan kepada pasukan kebangsaan. Di mana kedua dua kelab telah berusaha melahirkan bakat elit dalam bola sepak. Membuatkan Sepanyol sangat kuat di peringkat antarabangsa.

Buktinya, mereka memenangi Euro dan Piala Dunia. Seterusnya kedua dua kelab juga memenangi banyak kejuaran UCL ketika era Messi.

Baca juga artikel

UCL: Real Madrid Benam Liverpool 3-1

UCL: 2 Gol Mbappe Dan 2 Assist Neymar Tumbangkan Bayern

RASMI: De Bruyne Kekal Di City 4 Tahun Lagi, Rundingan Tanpa Melalui Ejen