Sergio Ramos tidak pernah gagal menyempurnakan penalti dalam tempoh lebih dari dua tahun.

Beliau telah  menjaringkan 26 gol penalti berturut-turut, tetapi kapten Sepanyol itu gagal menyempurnakan penalti sebanyakj dua kali pada aksi berdepan Switzerland semalam.

Sergio Ramos muncul dalam perlawanan yang menandakan beliau sebagai pemain Eropah paling banyak kaps untuk negara dengan 177 penampilan mengatasi Gianluigi Buffon (176),

Pada hari yang sama beliau berpeluang meraikannya dengan menambah koleksi gol dengan peluang dua penalti serta berpeluang memberikan 3 mata kepada negaranya dalam aksi Liga Negara Negara Eropah.

Remo Freuler meletakkan pasukan tuan rumah – Switzerland – di hadapan pada minit ke-26.

Sergio Ramos berpeluang menyamakan kedudukan tepat sebelum masuk ke sejam permainan. Namun dia gagal menyempurnakannya.

Em0Y8vtXIAAYE99

Ramos mempunyai peluang kedua untuk menyamakan kedudukan pada minit ke-80, setelah Nico Elvedi dibuang padang untuk kad kuning kedua, kerana kekasaran dalam kotak penalti.

Percubaan keduanya adalah cubaan melakukan panenka dan ianya gagal juga. Mungkin membuatkan Ademola Lookman sedikit lega kerana ada ‘kawan’ pada kali ini selepas pemain Fulham itu malu dengan kegagalan panenkanya.

Panenka yang dilakukan Ramos tidak ‘naik’ dan bola mendatar.

Ramos diselamatkan oleh pemain gantian, Gerard Moreno. Penyerang Villarreal masuk dari bangku simpanan untuk menyamakan kedudukan pada minit ke-89, ketika menentang 10 pasukan.

Hasil seri menjadikan pasukan Luis Enrique ketinggalan satu mata di belakang pendahulu kumpulan Jerman dengan hanya tinggal satu perlawanan lagi, dengan dua pertemuan pasukan teratas akan berlangsung pada Selasa.

Enrique tetap memberikan jaminan bahawa Sergio Ramos tetap akan menjadi pelaksana penalti yang utama dalam pasukan Sepanyol.

Baca juga perkembangan lain

Cavani Meledak Lagi Dalam Aksi Kemenangan 3-0 Ke Atas Colombia

Salah Dijangkiti COVID-19

Woodward Beri Jaminan Man United Teguh Berdiri Di Belakang Kepimpinan Ole