Perlawanan kempen kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menentang Vietnam yang akan berlangsung di Stadium Nasional My Dinh, Hanoi pada malam esok menjadi medan terbaik untuk skuad Harimau Malaya memperbaiki kedudukan dalam carta kumpulan G.

Setelah mencatat kemenangan 3-2 ke atas Indonesia dan tewas tipis 1-2 kepada UAE pada bulan lepas, anak buah Tan Cheng Hoe perlu mengutip tiga mata penuh untuk menghidupkan peluang mendapatkan tiket automatik ke Piala Asia 2023.

Berikut ialah ramalan kesebelasan utama pasukan Malaysia dan Vietnam:

MALAYSIA (Formasi: 4-2-3-1)

Pengendali Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe dijangka mempertaruhkan barisan pemain yang sama ketika menentang Sri Lanka pada hari sabtu lepas. Pemain naturalisasi negara, Mohamadou Sumareh kembali memperkuatkan jentera serangan bersama Safawi Rasid dan Norshahrul Idlan Talaha bagi menggantikan tempat Akhyar Rashid.

Ketiadaan Azam Azih yang mengalami kecederaan menyebabkan Tan Cheng Hoe mungkin akan menurunkan gandingan Brendan Gan dan Akram Mahinan di bahagian tengah.

Meskipun benteng pertahanan sedikit membimbangkan apabila telah melepaskan 4 gol pada perlawanan sebelum ini, pengalaman yang dimiliki oleh Aidil Zafuan Razak ditagih untuk memastikan gawang Malaysia kali ini tidak akan dibolosi dengan mudah.

mas-01

Vietnam (Formasi: 3-4-3)

Vietnam seperti yang kita tahu mengamalkan corak permainan yang pantas dan mampu menghukum kelekaan benteng pertahanan lawan seperti mana yang berlaku ketika beraksi di Stadium Nasional Bukit Jalil dalam final Piala AFF tahun lepas.

Malah, mereka kali ini diperkuatkan oleh beberapa pemain yang beraksi dengan kelab luar negara iaitu Nguyen Cong Phuong, Doan Van Hau dan Dang Van Lam. Seperti Malaysia, Vietnam juga bergantung kepada ketajaman penyerang veteran, Nguyen Anh Duc untuk merobek gawang lawan.

VIET-01

Baca artikel lain mengenai perkembangan skuad kebagsaan Vietnam yang mungkin anda terlepas pandang.

Akibat Terlepas Penerbangan, Doan Van Hau Gagal Hadiri Sesi Latihan Vietnam

Senarai Rasmi 23 Pemain Pasukan Vietnam Menjelang Perlawanan Bertemu Malaysia

Prestasi Semasa Syafiq Ahmad Gusarkan Ketua Jurulatih Vietnam, Park Hang-seo