Setelah membawa pulang 3 mata berharga dari Jakarta hasil kemenangan 3-2 ke atas Indonesia dalam perlawanan pertama kempen kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 khamis lalu, skuad Harimau Malaya kendalian Tan Cheng Hoe perlu manfaatkan kelebihan di halaman sendiri untuk mengutip sekurang-kurangnya 1 mata bagi mencerahkan peluang layak ke Piala Asia 2023.

Berikut ialah ramalan kesebelasan utama pasukan Malaysia dan UAE:

MALAYSIA (Formasi: 4-2-3-1)

Pengendali Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe dijangka mempertaruhkan barisan pemain yang sama ketika menentang Indonesia pada hari khamis lepas. Pemain naturalisasi negara, Mohamadou Sumareh kembali memperkuatkan jentera serangan dan akan dibantu oleh Safawi Rasid dan Norshahrul Idlan Talaha.

Meskipun, benteng pertahanan sedikit membimbangkan apabila telah melepaskan 3 gol pada perlawanan sebelum ini, ia telah memberikan pengajaran yang berguna kepada Shahrul Saad dan Adam Nor Azlin untuk menampilkan persembahan lebih baik pada perlawanan menentang UAE.

UAE (Formasi: 4-2-3-1)

Setelah hampir satu tahun tidak beraksi di pentas antarabangsa akibat kecederaan ACL, Omar Abdulrahman dijangka akan kembali membarisi kesebelasan utama skuad kebangsaan UAE. Bert Van Marwijk juga kemungkinan mempertaruhkan dua pemain pertahanan yang berpengalaman untuk membantu pemain muda dalam skuad ini.

Ali Makhbout yang mempunyai rekod 49 gol di pentas antarabangsa akan mengetuai jentera serangan UAE. Reputasi hebat yang dimiliki olehnya sudah cukup membuktikan ketajaman penyudahnya dan mampu menghukum benteng pertahanan negara jika tidak dirantai dengan rapi.

Baca lebih lanjut untuk mengetahui perkembangan terkini kempen kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Tan Cheng Hoe Optimis Harimau Malaya Raih Keputusan Positif Berdepan UAE

Bert van Marwijk: Malaysia Miliki Pemain Yang Pantas Dan Kemahiran Teknikal Yang Baik

5 Pemain UAE Yang Perlu Diawasi Oleh Skuad Harimau Malaya