Esok merupakan hari yang paling ditunggu-tunggukan oleh peminat bola sepak tempatan apabila skuad Harimau Malaya memulakan aksi pertama kempen kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menentang Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno.

Kedua-kedua pasukan telah pun mengumumkan senarai 24 pemain terbaik tetapi hanya 23 pemain sahaja yang akan berada dalam senarai akhir. Berikut ialah ramalan kesebelasan utama pasukan Indonesia dan Malaysia:

INDONESIA (Formasi: 3-4-2-1)

Berdasarkan sumber daripada media Indonesia, ketua jurulatih skuad Garuda, Simon McMenemy lebih gemar menggunakan 3 pemain pertahanan dan beliau sudah menguji dua formasi yang berbeza ketika aksi perlawanan pemanas badan menentang Persika dan Bhayangkara FC.

McMenemy dijangka mempertaruhkan penyerang naturalisasi berpengalaman yang berusia 38 tahun iaitu Beto Concalves di bahagian serangan sambil dibantu oleh Stefano Lilipaly dan Irfan Jaya.

MALAYSIA (Formasi: 4-2-3-1)

Pengendali Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe dijangka mempertaruhkan barisan pemain yang sama ketika menentang Jordan minggu lalu. Pemain naturalisasi pertama negara, Mohamadou Sumareh kembali memperkuatkan pasukan selepas tidak beraksi dalam 3 perlawanan.

MAS XI-01

Baca lebih lanjut untuk mengetahui perkembangan terkini kempen kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

5 Pemain Indonesia Yang Perlu Diwaspadai Oleh Pemain Malaysia

FAM Umum Astro Dan RTM Sebagai Pemegang Hak Siaran Perlawanan Harimau Malaya

Pemain Perlu Mengawal Semangat Dan Mental – Simon McMenemy

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group