Seperti yang kita semua sudah sedia maklum bahawa, Malaysia akan mempunyai 2 perlawanan antarabangsa pada bulan Oktober iaitu perlawanan persahabatan antarabangsa bertemu Sri Lanka dan juga perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022 bertemu Vietnam di Hanoi.

Setakat ini hanya 2 perlawanan tersebut sahaja yang sudah disahkan akan berlangsung dan sekiranya ada perlawanan tambahan lain, kami akan membuat kemaskini kepada artikel ini mengikut lawan yang dinyatakan kemudian jika ada.

Shahrel

HANOI, VIETNAM – DECEMBER 15: Shahrel Fikri of Malaysia competes for the ball during the AFF Suzuki Cup final second leg match between Vietnam and Malaysia at Muy Dinh National Stadium on December 15, 2018 in Hanoi, Vietnam. (Photo by Stanley Chou/Getty Images)

Berdasarkan kedudukan semasa, Malaysia berada di ranking ke 158 dunia dengan pungutan 1015 mata.

Penting juga untuk kita ketahui bahawa perlawanan persahabatan bertemu Sri Lanka ini akan berlangsung diluar dari kalendar FIFA dimana, magnitud perlawanan dari perspektif ranking FIFA adalah paling kecil.

Ramalan Pergerakan Mata FIFA Ranking Malaysia Oktober 2019

Perlawanan bertemu Sri Lanka.

  • Mengikut formula pengiraan yang ditetapkan oleh FIFA, sekiranya Malaysia berjaya menang perlawanan ini, kita akan memperolehi +1.83 mata yang menjadikan jumlah mata keseluruhan kepada 1016.74 mata.
  • Sekiranya kalah, kita akan kehilangan -3.17 mata, manakala jika seri Malaysia akan turut kehilangan -0.67 mata.
  • Berkemungkinan tiada sebarang pergerakan Malaysia dari kedudukan 158 dunia selepas perlawanan ini jika Malaysia menang atau seri, namun jika kalah kita akan turun ke kedudukan 159.

Perlawanan bertemu Vietnam

  • Perlawanan bertemu Vietnam dalam pusingan kelayakan Piala Dunia 2022 mempunyai magnitud 5 kali ganda lebih besar berbanding perlawanan bertemu Sri Lanka.
  • Pergerakan mata bagi perlawanan dengan Vietnam pula akan bergantung kepada keputusan perlawanan dengan Sri Lanka, namun jika mengandaikan Malaysia menang bertemu Sri Lanka pergerakan mata FIFA ranking Malaysia adalah seperti berikut.
  • Sekiranya menang bertemu Vietnam, kita akan memperolehi +15.58 mata, seri +3.08 mata dan jika tewas pula Malaysia akan kehilangan -9.42 mata.
  • Dari segi kedudukan ranking pula, Malaysia akan naik 1 atau 2 anak tangga begitu juga sebaliknya.

69762046_2372772416152842_6561288643221127168_n

Walaupun begitu, dalam perlawanan seperti ini apa yang lebih penting adalah kemenangan untuk mambawa pulang 3 mata untuk meneruskan misi mencapai sasaran layak ke saingan Piala Asia 2023 berbanding pergerakan mata dan juga kedudukan FIFA ranking.

Sama-sama kita bersatu memberikan sokongan kepada pasukan negara untuk lebih maju dan berjaya layak ke Piala Asia 2023 nanti.

Baca juga artikel lain berkaitan Malaysia dan juga pergerakan mata FIFA Ranking yang mungkin terlepas pandang sebelum ini.

FIFA Ranking: Malaysia Naik 1 Tangga, Pintas Indonesia Untuk Berada Di Kedudukan 158 Dunia

Impak Kutipan Mata FIFA Ranking Perlawanan Malaysia Bertemu Indonesia

Thailand Dijangka Atur Perlawanan Persahabatan Bertemu Pasukan Ke-90 FIFA Ranking, Republik Congo

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2019 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group