Selepas berjaya menumbangkan Indonesia dalam perlawanan pertama minggu lalu dan membawa pulang sekitar 12.51 mata FIFA Ranking, kali ini kita akan cuba melihat ramalan pergerakan untuk pertemuan dengan pasukan UAE pula.

Pada kedudukan semasa (setakat 25 Julai 2019) pasukan UAE berada di ranking ke 65 dunia dengan 1360 mata dikumpulkan. Namun selepas itu mereka ada membuat beberapa perlawanan persahabatan dan terkini telah berubah kepada sekitar 1361.79 mata.

70373230_2363749200388497_5413522027082416128_o

FOTO: FAM

Malaysia kini berjaya mengutip kira-kira 1020.05 mata dan jumlah ini akan bertambah atau berkurang berdasarkan kepada keputusan perlawanan bertemu UAE pada hari Selasa nanti.

Ramalan Pergerakan Mata FIFA Ranking Malaysia Bertemu UAE

1.Malaysia Menang Ke Atas UAE

  • Jika Malaysia berjaya mengatasi pasukan UAE dan menang dalam perlawanan tersebut, +19.69 mata akan menjadi milik Malaysia menjadikan jumlah terkumpul sekitar 1039.74 mata.

2. Malaysia Seri Bertemu UAE

  • Sekiranya kedua-dua pasukan menamatkan perlawanan dengan keputusan seri, Malaysia akan memperolehi +7.19 mata, menjadikan jumlah keseluruhan sekitar 1027.24 mata.

3. Malaysia Tewas Kepada UAE

  • Manakala jika pasukan Malaysia tewas kepada UAE, mata FIFA Ranking Malaysia akan merosot sebanyak -5.31 mata menjadikan jumlah akhir kepada sekitar 1014.74 mata.

Namun, keutamaan adalah untuk memperolehi keputusan yang bagus (baca: menang) dalam perlawanan bertemu UAE nanti bagi mencerahkan peluang Malaysia untuk layak ke Piala Asia 2023.

tiket malaysia uae

Kedudukan FIFA Ranking juga penting untuk terus dijaga dan dipertingkatkan bagi memudahkan skuad negara memperolehi kedudukan balang undian sesebuah kejohanan yang lebih baik selain menarik minat pasukan yang lebih bagus untuk mengadakan perlawanan dimasa depan.

Tinggalkan komen anda berkenaan mata FIFA Ranking serta baca juga artikel lain berkaitan FIFA Ranking Malaysia.

Impak Kutipan Mata FIFA Ranking Perlawanan Malaysia Bertemu Indonesia

20.289 Mata FIFA Ranking Dan Pot 4 Undian Pusingan Ke-2 Kelayakan Piala Dunia 2022 Milik Malaysia

Ketahui Impak Mata FIFA Ranking Perlawanan Persahabatan Malaysia Bertemu Jordan

1 KOMEN
  • Kamaruddin bin Kohor

    Tahniah Malaysia walaupun kita kalah tapi harap rangking kita akan naik balek saperti zaman 80an dulu

Anda Mungkin Suka

© 2019 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group